Bab 30

24.6K 1.5K 39
                                    

"Zul, apa idea kau?" Aku dan Aizul adakan perjumpaan sulit di belakang dewan.

"Idea aku banyak. Kau nak yang mana satu?"

"Yang paling kejam. Yang membunuh secara perlahan-lahan." Aku ketawa jahat.

"Sejak bila kau jadi pembunuh muslimah ni?"

"Sejak diorang suka cari pasal ngan aku! Sejak kat sunway! Sejak abad keempat masihi. Aku isytihar perang!" Aku geram segeram-geramnya. Nafas aku naik turun.

"Okey rileks. Aku tolong kay, jangan risau!" Aizul cuba menenangkan aku.

"Cepat keluarkan semua ilmu hitam kau. Kita santau diorang sekarang! Santau diorang sekarang!"

"Sabar Sarah, sabar. Tarik nafas hembus. Tarik, hembus."

Kenapa aku marah sangat? Aku tak gila lah nak marah tak tentu pasal! Ceritanya macam ni. Meh throwback sikit.

Masa tu aku tengah sibuk ambil angin di luar dewan, tiba-tiba ada puteri bunian tandas mengganggu ketenangan aku.

Pushhhhhhhh! Habis basah satu badan aku. D*mn! Siapa yang simbah aku dengan air ni? Macam air bekas cuci pinggan je? Sah! Ada sisa nasi melekat dekat baju aku. Jap! Apa ni? Wei ada tulang ikan atas kepala aku! Dah lah busuk!

"Ops! Sorry!" Belle meminta maaf. Nampak sangat tak ikhlas! Aku gigit bibir. Sabar Sarah, sabar.

"Tak nampak pulak ada orang kat situ." Belle melemparkan senyuman sinis lalu berambus dari situ.

Tu baru satu!

"ARGHHHHHH!" Kuat jeritan aku. Nasib baik tak roboh dewan berbumbung ni.

"Ops, sorry." Zara tersenyum sinis.

Dia tumpahkan kopi kat belakang badan aku?! Kalau suam aku boleh ampun lagi, ni panas! Panas! Rasanya dah terbakar kulit aku! Setiap kali menyandar belakang aku rasa pedih, Medina kata belakang aku merah. Gila tak merah?! Masa berpeluh pun belakang aku pedih tahap aku nak cincang buat gulai sat lagi minah dua ekor tu!

Dah cukup throwback ni. Makin panas hati aku! Diorang dah lebih ni!
Patut tak aku layan diorang macam komunis layan orang kat Tanah Melayu dulu? Ke patut aku santau je diorang?

"Zul, kau lah senjata rahsia aku! Kita jalankan plan tu malam ni jugak! Esok dah nak balik." Aku jadi bersemangat selepas mendengar plan bertanduk Aizul. Thorbaikk!

"No problem! Aku akan tolong kau cari dan kumpul semua benda tu." Aizul, kau lah kawan sehidup semampus aku!

********

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tepat pada masanya! Semua khemah dah senyap termasuk khemah si mangsa.

Aku, Aizul dan Rusyaidi bersedia untuk jalankan misi! Fikri pun join nak pedajalkan diorang berdua. Empat sekawan yang saling sandar menyandar. Sorang kena jentik, semua turun padang balas dendam. Amboi, ayat gangster. Nak jugak acah jadi Kak Yong sekali sekala.

"Fik, kasut diorang." Aizul menghulurkan satu beg plastik berwarna hitam. Fikri menyambut lalu memulakan tugasnya.

"Sarah, kau takut katak tak?" Aizul pandang aku.

"Geli."Ya. Aku memang aku geli tengok kulit katak yang... euwww!!! Malas nak sembang pasal kulit katak. Faham-faham je lah kan.

"Kalau camtu jauh sikit." Aizul separuh berbisik. Aizul terus mengeluarkan seekor katak entah dari mana. Meremang bulu roma tengok katak tu. Euw!

Aizul membuka sedikit pintu khemah mereka lalu mencampakkan 3 ekor katak. Misi berjaya! Diorang tak terjaga pun! Rusyaidi dan Fikri sibuk mengerjakan kasut sukan mereka berdua. Huahahaha! Kamilah pengawas kejam Smk Megah! Kami berempat tersenyum puas dan berlalu dari situ.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now