Bab 28

25.7K 1.5K 50
                                    

"Er, kenapa sejuk semacam ni? Apa yang basah sangat ni?" Dalam keadaan mamai dan mata masih tertutup aku dapat rasa sesuatu yang aneh.

Aku malas nak ambil peduli lalu aku tarik selimut lalu menutup keseluruhan badan. BASAH! Apa yang basah ni? Dalam keadaan masih mamai dan mata terutup aku berfikir lama.

Basah! Alamak! Semalam memang aku ada rasa nak pergi tandas tapi aku takut sangat sebab teringatkan cerita hantu si Aizul karipap tu! Takkanlah aku... Aku bingkas bangun lalu mendapati...

"Arghhhhhhhh!" Aku menjerit kuat.

"Apa kau bising ni? Apa basah ni?" Medina masih mamai. Suaranya masih lagi serak.

"Arghhhhhhhhh!" Medina turut menjerit selepas sedar dari mamai.

"Med, macam mana boleh jadi camni?" Aku sudah panik.

"Semalam kan hujan. Wei! Kenapa kau tak tutup tingkap khemah tu!" Medina menuding jari ke arah tingkap khemah.

Apa jadi? Jangan terkejut pulak tau. Khemah kitorang banjir! Banyak air bertakung kat dalam khemah ni!

"Aku dah tutuplah! Kau pun nampak kan semalam!" Aku cuba mengingatkannya.

"Dah tu kenapa tingkap tu terbukak pulak eh?" Fikir Medina.

"Tu tak pelik lagi. Nak tahu apa lagi pelik? Kita dah berendam dalam air ni entah berapa lama tapi kita tak sedar! Kecut dah jari aku!"

Bukan sikit tau air tu uolls! Banyak! Kalau aku letakkan pembaris, sah dah capai 6cm tinggi air tu.

"Kita tidur mati lah ni! Penat kot semalam!" Medina mengusutkan rambutnya. Habis basah baju kami berdua. Bukan basah sikit! Dah lencun dah ni! Tidur ke mati anak dara berdua ni.

"Kalau komunis attack pun kita takkan bangun aku rasa." Tambah Medina. Medina memang ikon tidur mati. Entah macam mana aku boleh join pulak minah ketupat ni tidur mati semalam sampai khemah jadi swimming pool pun tak sedar.

"Kita keluar dulu lah. Tudung jangan lupa." Medina mengingatkan aku.

Nasib baik kami berdua bawak dry bag. Kasut pula aku balut dalam plastik. Nasib baik! Cuma sleeping bag Medina, selimut, bantal dan Moromoro aku yang basah. Moromoro aku basah! Huhuhuhu. Moromoro tu patung penguin kesayangan aku. Korang jangan gelak! Kesian tau dia basah. Huhuhu. Aku bawak sekali Moromoro keluar dari khemah.

"Sejuknya!" Aku menggigil sebaik sahaja keluar dari khemah. Medina pulak biasa je. Orang ke apa dia ni. Dah biasa tinggal dekat kutub kot.

Kami mengeluarkan barang-barang dari khemah yang sudah tiada rupa khemah tu. Tak pasal-pasal ratu tidur bangun paling awal hari ni. Tahniah Medina!

"Good morning world!" Aizul keluar dari khemah dalam keadaan mamai. Khemah Aizul selang 5 khemah dari khemah banjir aku dan Medina. Awal gila dia bangun!

Gila apa mamat ni jerit pagi-pagi buta macam ni. Macam tak siuman pun ada. Siap buat morning exercise lagi! Mesti dia tak perasan aku dan Medina tengah sibuk pandang dia.

"Exercise ke Zul?" Medina menyapa. Macam sapa jiran.

"Huh?!" Dalam keadaan separuh mamai Aizul mencari kelibat si pemanggil. Tergelak aku dengan Medina. Sumpah lawak reaksi dia! Macam kena sapa hantu!

"Medina? Awalnya kau bangun!" Ujar Aizul. Kan aku dah cakap! Aizul pun terkejutlah Medina bangun awal!

"Yang korang basah tu apahal?" Aizul menyarungkan selipar lalu melangkah ke arah kami.

"Khemah kitorang banjir." Jelas Medina.

"Banjir? Hujan semalam setahu aku kat luar, tak tahu pulak aku ada awan tumpahkan hujan dalam khemah korang ni." Aizul melihat le dalam khemah kami.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now