Bab 33

24K 1.6K 137
                                    

"Addriana duduk kat Johor belah mana? Pasir Gudang?" Aku cuba menukar topik setelah setengah jam menangis dalam pelukan Addriana. Bila tersedar, malu jugak aku

"Akak tau-tau je eh? Addriana macam panjang sangat, panggil Ana je lah. Ana tinggal kat Johor dengan atok dan nenek. Papa dengan mama Ana pulak duduk sini."

Aku suka Ana ni. Dia cepat mesra dan ceria. Tengok penampilan pun, sedap mata memandang.

"Ana selalu balik sini ke?"

"Dua bulan sekali. Selalunya mama, papa dengan abang yang datang JB." Ana bercerita dalam nada yang ceria.

"Kenapa Ana tak tinggal dengan parents Ana?" Tak pernah-pernah aku mesra begini dengan orang yang baru aku kenali. Mungkin aura Ana yang mudah mesra tu yang jadikan aku macam ni.

"Ana kesian dengan nenek dan atok. Mama anak tunggal jadi Ana tak nak diorang sunyi."

Hmm baiknya Ana ni. Lembut sahaja tutur bicaranya. Aku pulak? Hampeh. Orang depan mata bercakap macam menjerit. Garang pula macam singa. Apalah aku ni. Langsung takda ciri perempuan melayu sopan macam Ana.

"Baiknya Ana." Aku berkata dalam nada kagum.

"Lupa nak tanya, nama akak siapa?" Ana melemparkan senyuman manis yang mampu menggetarkan tulang rusuk lelaki yang ada masalah tulang rusuk.

"Nama akak Sarah Zulaikha."

"Sarah Zulaikha? Sarah Zulaikha?! Akak!" Tiba-tiba Ana memeluk aku erat.

"Patutlah abang naik gila. Akak memang cantik!" Pujinya. Apa yang jadi ni? Tak fahamlah.

"Abang? Gila? Cantik? Thank you." Nampaknya ayat Ana puji aku je yang aku faham. Ayat pertama tu aku blur.

"Patutlah abang beriya nak sekolah sini sampai suruh Ana pujuk papa." Nadanya makin riang. Seriang ria ribena.

"Akak tak faham. Apa maksud Ana?" Aku sudah blur tahap rabun.

"Mohammad Addrian. Akak mesti kenal kan? Tu abang Ana!" Teruja sungguh dia.

Adik Addrian? Muka tak sama pun. Mungkin sorang ikut mak, sorang ikut bapa. Sempat aku berhipotesis.
Tapi yalah, nama kan dah dekat, awat aku tak perasan?

"Serious? Jadi tadi Ana dah jumpa Addrian lah?" Aku pula yang teruja lebih ni.

"Tak sempat. Lagipun Ana tak tahu mana satu kelas abang. Lagipun abang tak tahu Ana datang sini, kalau dia tahu Ana jamin dia akan ponteng kelas." Ana ketawa.

Dapat aku simpulkan di sini bahawa hubungan mereka adik beradik memang rapat walaupun sorang duduk Johor, sorang lagi duduk Selangor. Kenapalah aku anak tunggal. Aku cemburu tengok Medina dan Mia ada abang. Sekarang, Ana pula. Cakap pasal ponteng, ni hah penolong ketua pengawas tengah ponteng duduk bersembang dekat pondok. Macam mana nak kawal disiplin pelajar kalau disiplin sendiri pun tunggang langgang?

"Ana, akak rasa akak kena balik kelas dulu lah. Akak dah okey dah ni." Aku cuba kuatkan otot muka untuk senyum ikhlas. Sedari tadi hambar saja senyuman aku.

"Yalah, Ana lupa pulak akak ada kelas. Akak anytime call Ana tau! Ana ada banyak benda nak borak dengan akak. Bye, Assalamualaikum!"

Ana sempat menulis nombor telefonnya pada buku nota aku sebelum mengucapkan selamat tinggal.

"Waalaikumussalam."

*****

Aku masuk ke dalam kelas dengan tenang dan selamba. Semua orang pandang aku macam aku dah bunuh mak cik kantin. Ada juga yang berbisik, kutuk aku lah tu.

Pengawas Gila!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ