S2?

5.3K 287 107
                                    


"Yeah besok dah start cuti!!" Aku ketawa gembira sebab cuti pertengahan tahun bakal bermula mulai esok! Yes! Bolehlah bangun lambat, layan drama, layan novel, marathon Run BTS. Ah best!

"Hah, jangan lupa, kita ni banyak kelas tambahan." Medina yang sedang sibuk mengemas mejanya menegur aku. Kelas tambahan? Alah, Biologi dengan Math je kan?

"Banyak ke? Biologi dengan math je kot." balasku.

"Are you being serious right now? Isnin, cikgu willie nak buat extra class chemistry 4 jam. Intensive class. Tuesday, Biologi from 10 to 12 then addmaths 1 to 3. Rabu, class akaun from 9 till unknown sebab nak settle kerja kursus. Khamis, math 12 to 2:30. Jumaat, takde class. Sabtu Fizik and biologi, again. Ahad, math. Subjek yang takde kelas tambahan semua homework berlambak."

What thee?????!! Kenapa aku tak tahu benda ni? Aku tak pay attention sangat ke sampai kelas tambahan sebegini banyak aku tahu? Cuti? :') Aku rasa roh aku dah nak berterbangan memikirkan kelas tambahan ni semua. Dengan homework lagi, arghhhh.

"Apasal kau diam?" soal Medina.

"Kau dah hancurkan semuanya Med. Selamat tinggal semuanya. Plan untuk menikmati cuti selama dua minggu bekecai begitu sahaja. My heartue broke into milions and thousands of pieces." aku hentak perlahan dahi kat atas meja. Ni kalau hentak kuat mesti hilang fakta sejarah yang sempat aku hafal tadi. Tapi rasanya sekarang pun aku dah lupa. :') Kenapalah aku ni tak bijak macam Medina. 

Ake melihat ke arah Medina. Walaupun kelas telah berakhir dan semua orang telah beransur pulang, dia masih menulis sesuatu di atas buku notanya. Aku ingat tadi dah siap kemas nak balik, rupanya nak sambung study benda lain. Sarah, bila kau nak jadi macam ni?

"Sarah.." Aku mendongak dan ternampak Addrian dengan uniform sukannya. Hmm hensem seperti biasa. 

Eh!?? Jap!!  Addrian?! Aku kembali menunduk. Ish apa dia buat kat sini? Sejak kitorang terkunci dalam stor haritu aku terus rasa 'awkward' dengan dia. Kenapa? Eh manalah aku tahu kenapa. Aku dua tiga hari ni asyik mengelak dia je. Nampak dia kat kantin, aku tak jadi pergi. Nak terserempak kat bilik guru, aku keluar cepat-cepat. Masuk bilik disiplin entah kenapa dia ada kat sana jugak, terpaksalah aku melarikan diri. 

Sekarang ni apa aku nak buat? Nak say hi ke? Dah 3 hari aku mengelak dia ni. 3 hari tu jugaklah dia tak cari aku langsung. Tup tup dia muncul kat sini harini. Apakah?

"Sarah, cikgu cari kau wei" Tiba-tiba ada suara lain yang menegurku. Walaupun aku menutup muka, aku dapat cam tu suara Aizul! Right on time!

"OK!" Aku pantas berdiri lalu terus berjalan laju meninggalkan kelas tanpa mempedulikan Addrian. Phew!Lari Sarah lari. Selepas udah agak lama aku berjalan meninggalkan kelas, aku toleh ke belakang. Dia tak ikut aku. Hmm apasal aku rasa kecewa pulak ni? Hairan.

Eh jap aku nak pergi mana ni sebenarnya? Cikgu cari aku? Cikgu siapa? Halah! Apa benda aku buat ni. Nak patah balik, Addrian masih kat sana. Ni aku nak pegi mana pulak ni? Takkanlah aku nak pusing satu bilik guru tanya cikgu sorang-sorang 'cikgu cari saya ke?'. Hm, itu sudah menjadi kerja yang menyusahkan dan Sarah Zulaikha bukanlah seorang yang rajin. Aku cuma rajin buat benda tak berfaedah je.

Okay aku masuk je lah bilik guru, manalah tahu cikgu yang Aizul maksudkan ni tegur dan panggil aku. Kalau tak ada aku blah je lah. Pergi kantin lepastu lepak bilik disiplin. Bernas. Lagipun Medina mesti tengah study lagi tu jadi takpelah aku tinggal dia kejap.

Aku berjalan-jalan di dalam bilik guru selama 3 minit namun tak ada sesiapa pun yang memanggil aku. Ah, lantaklah. Baik aku pergi kantin dulu sebab perut aku dah berkeroncong. Dalam perjalanan aku ke kantin aku ternampak dua sosok pelajar yang aku kenali sedang makan di tempat kejadian. 

"Hek eleh dari jauh aku nampak dah dia ni makan kat sana pulak." aku terus mengelak lepas aku nampak Shah Adam tengah makan dekat kantin dengan Aizul. Eh Aizul ni kat sana pulak dengan dia. Kalau tak boleh juga aku nak tanya cikgu siapa yang cari aku tadi. Haish!

Aku masih lagi mengelak dari Shah Adam. Ugh apasal lah aku mengelak dari semua orang ni? Masalah betul. Firdaus mengelak dari aku, aku mengelak dari Shah Adam dengan Addrian. Adakah ini yang dinamakan social distancing? Hubungan kami patut dikuarantin?

Pergi koperasi je lah beli roti! Argh melepas nak makan kuey tiau goreng telur mata! Aku terus berjalan ke koperasi. Setelah selesai urusan jual beli roti, aku mengorak langkah menuju ke bilik disiplin. Cewah.

Aku membuka balutan plastik roti sambil menyanyi-nyanyi lagu Boy With Luv. Oh my my my! Apasal sedap sangat roti hari? Adakah ini yang dinamakan lapar? Mungkin. Aku makan sambil berjalan sebab dah tak tahan lapar. Sibuk aku berjalan ke arah bilik disiplin aku ternampak Firdaus. Dia pun nak pergi bilik disiplin ke? Mesti dia nak mengelak aku lagi kali ni. Langkah aku terus terhenti apabila mata kami bertembung. 

Er apa nak buat ni? Nak patah balik ke? Eh siapa yang mengelak siapa sekarang ni? Ah! Buat tak tahu je lah! Aku meneruskan langkah tanpa melihat ke arah Firdaus dan akhirnya sampai di muka pintu bilik disiplin. Aku buka pintu, masuk dan terus tutup pintu dengan pantas.

"Auch!" Aku menoleh ke belakang dan ternampak Firdaus sedang menutup hidung dengan tangannya menahan kesakitan. 

All this time, dia memang ada kat belakang aku ke? Sampai aku tutup pintu boleh terhempas kat muka dia? Tiba-tiba aku jadi panik sebab Firdaus nampak betul-betul tengah menahan kesakitan.

"Fir! Sorry! Aku tak perasan kau!" Aku terus pergi dekat dia. Patah ke? Sayang hidung mancung tu kalau patah. Aku ni pulak tak mampu nak tanggung kos pasang hidung baru. Habislah! Apa patut aku lakukan? 

"HAHAHAH" Aku terkejut. Dah kenapa pulak dia ketawa ni? Tadi mengerang kesakitan sekarang ketawa macam orang gila.

"I miss that face of yours." katanya sambil tersenyum.

Eh? Excuse me?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now