Bab 16

31.9K 1.6K 149
                                    

"Prom night dibatalkan." Suara Cikgu Emma kedengaran pada speaker yang tersedia di dalam setiap kelas.

Terdengar suara pelajar merungut itu dan ini. Aku pun nak ikut merungut lah! Baru je aku semangat nak shopping balik nanti. Takkan nak batalkan pulak? Huhuhu. Kesian Medina, dah lah dia yang penat-penat buat iklan. Tapi aku tengok, dia tenang sahaja. Eh? Dia tak kecewa ke?

"Ehem, bukan dibatalkan, tapi ditangguhkan ke minggu depan. Maaf ya. Sekian sahaja dari saya."

Fuh! Kedengaran semua pelajar menghembuskan nafas lega. Cikgu ni buat terperanjat je! Ingatkan betul-betul tak jadi tadi!

"Cikgu ni buat terkejut je. Med, jadi kan petang ni?" Aku memulakan perbualan.

"Of course! Walaupun prom kena tunda, aku tetap nak shopping hari ni. By the way, kita pergi Sunway naik apa nanti?" Agaknya kalau aku cakap Medina marah tak?

"Err.. Addrian pun join sekali, dia kata dia bawak kereta. So, kita ikut dia lah." Aku teragak-agak.

Takut juga aku kalau Medina mengamuk sebab aku ajak Addrian. Agaknya kalau dia mengamuk terbelah dua tak meja aku ni? Ke whiteboard yang bekecai? Ke muka cun aku ni yang berterabur?! Ish seram! Janganlah dia mengamuk. Medina ni lain sikit, bila dia Ok dia lah manusia paling sporting kat dalam dunia ni. Tapi bila dia dah mengamuk, aku hanya berserah pada takdir. Mohon doa banyak-banyak.

Peristiwa tahun lepas bermain di dalam kotak fikiran aku. Sewaktu itu, aku dan Medina berjalan pulang dari sekolah, tiba-tiba kami ditahan oleh seorang lelaki mabuk. Aku memang fobia dengan lelaki mabuk sebab aku pernah digangu dulu. Sebab tu jugaklah aku belajar TaekWonDo. Berbalik kepada cerita tadi, lelaki mabuk itu meminta wang dari kami. Medina hanya menunjukkan muka tegang manakala aku bersembunyi di belakangnya. Fobia punya pasal! Disebabkan kami tidak memberinya wang, dia menarik kuat tudung aku. Aduh! Aku juga yang jadi mangsa! Nasib baik jugaklah tudung aku tak tercabut.

"Lepaskan kawan aku lah sial!" Medina menengkingnya lalu memberikan tendangan yang sikit punya cun dekat muka lelaki mabuk tu. Aku ternganga. Mana tak nganga kalau dia terajang orang tu kat muka, pakai baju kurung pula tu! Tindakan Medina menyebabkan lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket kirinya. Pisau Rambo! Tapi bukan rainbow ya! Medina pula tanpa gentar menendang pisau itu dari tangan lelaki mabuk tadi lalu membelasahnya macam orang gila.

"Sial lah kau! Orang macam kau ni tak patut hidup! Hidup menyusahkan orang! Ambik kau!" Medina terus mencarut. Ligat tangannya menumbuk lelaki tadi.

Bukan aku tak nak tolong tapi aku memang fobia ok! Dan aku kaku di tempat yang sama sehinggalah Medina puas membelasah lelaki tadi.

"Astaghfirullahaladzim!" Medina meraup mukanya. Aku tercengang. Bagai dirasuk syaitan pula.

"Ya Allah Sarah kenapa kau tak halang aku tadi?! Tengok dah pengsan dah mamat ni kena belasah!" Aku pula yang dipersalahkan.

"Aku speechless." Kemudian kami menghubungi polis dan cerita tamat!

Kan dah melalut ni! Throwback tamat! Begitulah dasyatnya apabila Medina mengamuk.

"Addrian bawak kereta? Hmm.. bagus jugak! Tak payah kita jalan kaki kan. Alhamdulillah." Suara Medina mengejutkan lamunan aku yang sudah sampai ke tahun lepas.

"Kau okey ke kita ajak dia?" Macam tak percaya pulak Medina tak kisah. Siap ucap syukur lagi!

"Past is past Sarah. Aku tak nak ingat benda lama. Uhm by the way, kekasih hati kau dan aku pun nak join sekali."
Kekasih hati aku dengan dia? Sejak bila pulak kitorang bermadu ni?

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now