Bab 17

30.1K 1.6K 57
                                    

"Wei, wei berhenti jap!"

"Ish kau ni janganlah sergah aku camtu. Bagi lah salam dulu ke." Dia menolak lembut kepala aku. Aku balas balik dengan menolak dahi dia.

Aku masih lagi memegang lengannya. Nasib baiklah aku pakai sarung tangan, kalau tak memang aku tak berani pegang-pegang lelaki tak berlapik ni. Nak minta tolong Medina, boleh berguling-guling kitorang kat sini. Medina pun tak berapa reti sangat, tapi kalau setakat nak meluncur sendiri tu dia bolehlah.

"Kau tengok tu. Tu bukan ke itik yang langgar aku hari tu?" Aku menunding jari ke arah Medina dan Addrian yang sedang berbual bersama sekumpulan gadis.

"Mana? Ramai orang lah! Mana aku nampak." Dia mencari-cari. Sekejap kepalanya ke kiri, sekejap ke kanan. Aku yang naik pening.

"Ish! Buta ke rabun?! Tu hah! Yang 5 orang pakai short pants kat sana tu." Aku memuncungkan bibir ke arah mereka.

"Ohh yang tu." Dia terangguk-angguk.

"Amboi, mentang-mentanglah aku mention short pants, terus nampak lah ye? Gatal." Aku mencebik.

"Kau jeles ke?" Dia mengangkat kening lalu tersenyum sinis. Ee, perasan lah dia ni! Patut buat medical check-up, manalah tau dia ada terkena jangkitan bakteria perasan!

"Jeles kejadah! Boleh jalan lah!" Aku mencebik lagi. Tiba-tiba telinga aku menangkap suara beberapa orang gadis yang berada berdekatan kami berdua.

"Hensem bai boyfriend dia, untunglah! Dia pun lawa!" Gadis itu berbisik kepada rakannya. Bisik jadah! Aku boleh dengar lah, tapi aku buat bodoh je.

"Tu lah! Sweet gila! Skate sama-sama, pakai couple shirt, jeles doh!." Aku mencebik pandang Firdaus. Aku tahu dia pun dengar. Dia tersenyum gatal. Diorang tu pun satu, berbisik macam tertelan microphone! Aku yang jauh ni masih boleh dengar lah diorang berbisik.

"Kau tengok, orang lain pun puji kita sweet tau!" Dia berbisik di telinga aku dengan nada teruja.

"Apa kata kau jadi gitlfriend aku?" Dia buat muka gatal. Ish aku tak sukalah bila dia main-main camni! Yang cairnya aku! Ish! Benci betul!

"Kalau kau rasa nak kena lempang atau nak jadi bola hoki ais, teruskanlah mengarut macam tu!" Aku menjelingnya tajam. Dia menarik muncung.

"Kau ni tak boleh bawak gurau lah." Kali ini giliran aku pula menarik muncung. Kemudian Firdaus tiba-tiba menarik muncung itik aku. Terkejut punya pasal, aku cuba untuk menepis tangannya. Aku tidak lagi berpaut padanya. Kemudian badan aku hilang imbangan dan Bukkkk! Innalilah, macam nangka busuk!

"Adoi!" Aku yang sudah terduduk di atas ais terkaku apabila ramai orang memandangku. Malu! Itu yang aku rasa sekarang! Firdaus hanya memandang aku dengan wajah selamba. Ish! Bencinya dia ni!

Bersusah payah aku cuba untuk bangun namun gagal. Ais ni terlalu licin! Wahai ais! Kau memang sengaja nak dera aku ke ni?! Lalu anak mata aku menikam wajah Firdaus. Tersengih-sengih dia pandang aku. Geram! Nak aje aku gigit mamat depan ni sebab geram sangat!

"Wei tarik lah aku! Aku tak dapat bangun sendiri lah!" Marahku. Orang dalam kesusahan dia boleh sengih je?! Tak tanya pun aku okey ke tak! Kecik hati aku! Kemudian dia menghulurkan tangan. Belum sempat aku meraih tangannya, dia sudah melarikan tangannya itu. Nak mainkan aku pulak dia ni! Memang nak makan penampar aku lah! Huhu nak nangis! Mummy, daddy! Firdaus kejam!

"Aku tolong kau tapi ada syarat." Ergh! Geram! Tuhan sajalah yang tahu betapa teringinnya aku nak lempang muka dia sekarang ni. Aku jadi makin malu apabila ada beberapa mata yang menyaksikan drama tak laku kami.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now