Bab 41

23.5K 1.2K 75
                                    

Okay bab ni akan mula plot asal.. Bab 41 dan ke atas yang sebelum ni tkkan wujud lagi. Author akan buat baru. So kalau taknak blur bolehlah baca beberapa bab sebelum dulu.. Cerita akan bersambung dari bab 40

Belle dan Zara dah pindah balik pergi Micheal?! Itu apa yang Aizul gosipkan dekat aku. HAHAHAHA! Aman hidup aku!

"Betul ke ni Zul? Mana kau tahu?"

"Betul lah! Kau ingat aku ni sembarangan sebar berita kat kau?" Tanyanya dengan yakin.

"Tapi kenapa diorang pindah ek?" Takkan dah putus asa kan?

"Eh manalah aku tahu. Aku bukannya ada story story pun dengan diorang. Kau ni macam tak suka pulak diorang pindah kan?"

"Eh apasal pulak aku tak suka. Aku happy ni. Tak nampak ni aku tengah joget happy?" Terus aku berjoget ala orang menang judi yang pastinya memang buruk.

"Tarian dengan otak kau sama bodoh. Hahahaha!" Aizul bantai gelakkan aku.

"Wei perkataan bodoh tu aku sensitif. Dahla aku kecewa lepas tengok saps hari tu." Mana taknya, aku dapat top 10 dalam kelas. Top 10 yang tercorot. Huhuhu akak sedih.

"Hahaha relaks lah. SPM tahun depan kita chill dulu." Banyak lah dia punya tahun depan.

"Turun! Kan aku cakap blok ni kena kosongkan! Sekejap lagi perhimpunan nak mula! Korang turun sekarang!" Aku menjerit selepas ternampak ada sekumpulan pelajar berlegar-legar di koridor tingkat atas.

Kalau dah memang Sarah Zulaikha memang tak reti cakap baik-baik. Kalau terjumpa pengawas lain korang beruntunglah sebab ditegur dengan friendlynya. Tapi dengan aku, jangan pernah mimpi pun!

"Sarah dah cakap sekali tu dahlah. Sekejap lagi perhimpunan nak mula, nanti korang juga yang susah." Aizul berkata dengan tenang bila melihat mereka tidak pedulikan aku tadi.

"Turun aku kata!" Darah aku naik melihat mereka tidak mengendahkan aku.

"Haih kecoh! Tegur tu elok-elok lah!" Salah seorang dari mereka menendang kerusi di hadapannya. Tunjuk abang long. Dia belum tahu aku punya kak long lagi.

"Masalahnya aku dah benci tengok korang setiap minggu kat sini. Setiap minggu nak kena tegur ke? Umur korang berapa?"

"Yang kau sibukkan kitorang kenapa? Kau pergi je lah. Bukan kacau kau pun!"

"Ehem!" Tiba seseorang berdehem.

"Ada masalah ke ni?" Firdaus bersuara dengan tenangnya.

Kami semua diam seketika.

"Perhimpunan. Turun semua." Firdaus berkata dalam nada tenang. Tetapi riak wajahnya susah untuk ditafsirkan.

Terus mereka semua berlalu pergi tanpa banyak songeh. Aku cuma memerhati mereka dengan senyap. Fuad and the geng, mereka lah tu. Tunggu ketua pengawas jemput diorang turun, barulah diorang nak turun.

****

"Sarah kau tahu? Kelas kita ada budak baru." Medina terus membuka cerita lepas ternampak aku.

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki wei." Jawab Medina.

"Hensem tak?"

"Entah aku tak tahu. Aku dengar diorang cerita je. Belum nampak lagi. Tapi diorang cakap boleh tahan." Jelasnya.

"Boleh tahan je? Tak naklah aku. Kau ambiklah."

"Eh apasal pulak? Kau lah ambil. Aku tak nak."

"Aku taknak. Kau boleh am..." Ayat aku terhenti bila ternampak seseorang yang macam familiar. Siapa dengan Aizul tu? Jangan cakap...

"Korang! Ni classmate baru kita. Nama dia Adam." Aizul memperkenalkan budak baru itu kepada semua orang.

Pengawas Gila!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن