Bab 37

0 0 0
                                    

Sebulan sudah berlalu sejak kejadian kebakaran itu berlaku dan sebulan jugalah Flora masih terbaring di atas katil hospital itu.

Hari ini, keluarga mereka bersama-sama mengalunkan bacaan yasin buat Flora. Sepanjang Flora terbaring kaku di atas katil ini, tiada sehari pun surah yasin tidak dibaca. Jika tidak dapat berkumpul ramai-ramai, masih ada seorang daripada mereka yang membacanya. Juga berdoa, agar Flora cepat sedar.

Kini, Faiq hanya bersendirian di dalam wad itu setelah selesai bacaan yasin. Mereka yang lain sudah pun balik kerana hari ini, giliran Faiq dan Feliz menjaga Flora. Dato' Faizal serta Tan Sri Faried tidak membenarkan Faiq menjaga Flora seorang diri kerana mereka masih lagi tidak mempunyai ikatan yang sah. Walaupun Flora masih terbaring kaku di atas katil itu. Maka, Feliz lah yang akan menjadi orang ketiga di antara mereka. Namun, Feliz terlebih dahulu meminta diri untuk turun ke kantin di bawah sana. Lapar katanya. Jadi, tinggallah Faiq dan Flora sahaja di sini.

Faiq yang duduk di kerusi sebelah katil Flora itu hanya termenung, memandang tangan putih Flora yang dicucuk jarum itu. Sejak kejadian dia memukul Joey, hatinya dihurung rasa bersalah. Bukan bersalah kerana memukul jantan bebal itu namun bersalah atas tindakannya. Dia menyesal kerana tidak memasukkan Joey lebih awal di dalam lokap dahulu. Sepatutnya, dia tidak perlu berjumpa Joey untuk memberi amaran supaya tidak mengacau Flora, malah terus menangkap. Tetapi dia silap. Dia silap kerana melepaskan Joey. Dia tidak sangka perkara ini akan terjadi.

"There are 7 billion people in the world and you're still the only one i want to hear from before i go bed. So please.. bangun, Bunga. Aku rindu kau. Sangat-sangat." Luah Faiq perlahan sambil mata dikunci pada seraut wajah bersih milik Flora. Tangan Flora yang dicucuk jarum itu pula ditenung. Kalaulah dia dan Flora sudah halal, pasti mudah untuk dia memegang dan memeluk Flora bagi melepaskan rindu. Namun dia sedar, dia dan Flora masih lagi tidak mempunyai ikatan yang sah.

Majlis kahwin mereka terpaksa ditangguhkan dahulu pada masa ini. Mungkin akan diteruskan apabila Flora sudah sedar. Itupun bergantung pada keadaan Flora.

Tiba-tiba, bunyi pintu dikuak buatkan Faieq memanggung kepalanya.

Aisy kaku. Tidak jadi dia hendak masuk ke dalam apabila melihat Faieq ada di situ. Dia kemudian memutuskan untuk pergi.

"Asal datang?" Mendatar sahaja suara Faieq bertanya tanpa memandang Aisy di pintu yang sudah terhenti langkahnya.

Aisy terkulat-kulat di tempatnya. Takut hendak menjawab. "Er.. Feliz suruh jagakan Flo hari ini. Dia tak dapat jaga Flo sebab ada problem di Syarikat."

Namun Faieq tidak membalas mahupun memberi reaksi terhadap jawapan Aisy. Matanya hanya memandang seraut wajah bersih yang berada di hadapannya sebelum dia tiba-tiba bangun.

"E-eh? Kau nak ke mana?" Aisy menyoal tatkala melihat Faieq bangun.

Sebelah kening Faieq terangkat. "Baliklah? Dah kau yang jaga dia dekat sini."

Aisy menggeleng. "Duduklah dulu. Aku boleh turun sekejap sementara tunggu kau."

Belum sempat Aisy ingin menutup pintu, suara Faieq terlebih dahulu menghalang.

"Tak payah. Duduk je sini jaga dia. Aku balik."

Aisy menunduk. Entah kenapa, dia terasa hati dengan kata-kata Faieq biarpun nadanya hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin masih lagi berfikir jikalau Faieq masih lagi memarahi atas perbuatan dia yang dulu.

Aisy kemudian beralih sedikit ke tepi, memberi laluan kepada Faieq untuk keluar.

"Eh, Ieq? Kau nak ke mana?"

Berkerut pelik kening Imran saat melihat Faieq keluar daripada wad yang menempatkan Flora. Lagi pelik apabila Faieq tidak menjawab soalannya. Dia kemudiannya berjalan, mendekati pintu wad tersebut sebelum pintu itu ditarik.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now