HER BROKEN FATE ✿ 44

73 0 0
                                    

"DOKTOR Amanda ada?" tanya Ayla kepada seorang doktor yang sedang lalu lalang di bilik Amanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DOKTOR Amanda ada?" tanya Ayla kepada seorang doktor yang sedang lalu lalang di bilik Amanda. Alang-alang dia sudah ada di hospital, apa salahnya ajak Amanda berbincang sebentar. Banyak yang Ayla ingin tahu.

"Oh, Cik Elvina?" Doktor Khai terkejut melihat Ayla yang sudah lama dia tidak jumpa itu berada di hadapannya.

"Ayla," balas Ayla dengan senyuman. Doktor Khai malu dengan diri sendiri lalu menunduk maaf. "Maaf Cik Ayla." Ayla menggeleng perlahan dengan senyuman yang masih berada di bibir, tanda yang dia tidak ambil hati pun.

Ayla faham memang susah untuk selesakan diri dengan keadaan baru. Kadang-kala, dia juga masih menganggap dirinya sebagai Elvina dan bukan Ayla.

"Amanda baru aje keluar rehat sebab kami ada masa lebih. Tapi tak lamalah sebab lagi dua jam kami ada meeting. Kenapa ya?" Ayla mengangguk faham.

"Tak apalah kalau macam itu saya balik dulu."

"Eh sekejap Cik Ayla!" Toleh semula ke belakang, Ayla lihat Dr. Khai sedang menyerahkan sekeping sampul berbentuk fail bersaiz A4 kepada Ayla.

"Ini DNA test yang Cik Ayla minta Doktor Amanda tolong hari itu. Result dah keluar!" kata Doktor Khai dengan penuh gembira kerana lelaki itu yakin Ayla juga pasti akan gembira. Kening Ayla bertaut, takut-takut dia salah dengar jadi Ayla menyoal.

"DNA test?" Ayla terkejut besar. Sejak bila pula dia minta Amanda buat DNA test?

"Yup!" balas Doktor Khai sambil menghulurkan fail coklat itu ke arah Ayla. "Oh ya! Saya lupa. Thank you ya Dr. Khai." Doktor Khai mengangguk lalu meminta diri untuk ke cafe dahulu.

DNA test? Ayla mendengus kegeraman lalu wanita itu mengambil langkah untuk terus pulang dahulu. Amanda! Kau memang dah melebih!

•••

EMYR hanya senyap melihat wajah bengis Ayla. Sejujurnya, Emyr sangat takut melihat mood Ayla yang tidak bagus sejak semalam lagi. Emyr ingatkan tiada apa lagi yang mampu membuatkan wanita itu marah sehingga macam ini sekali rupanya masih ada sesuatu yang Ayla tahu.

Sesuatu yang berat sehingga Ayla mengasingkan diri daripada semua orang. Dengan Eshan pun Ayla malas layan.

Ayla baca setiap butiran yang ada di atas kertas yang Dr. Khai beri kepadanya itu semalam. Hati Ayla mula berapi. Semalam dia tidak mahu buka kerana dia sedang bergembira dengan ahli Saint Venom kerana mereka menyambut hari kelahiran Raid bersama-sama. Dan sepatutnya Ayla tidak perlu buka fail tersebut sehingga mati.

Probability of Paternity : 99.9999998%

Practically Proven.

"Sial!" Ayla menghentak meja lalu fail coklat tadi dihempaskan ke kepala beberapa kali. Emyr yang terkejut dengan kelakuan agresif Ayla yang tiba-tiba itu menarik fail tadi dengan pantas.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now