HER BROKEN FATE ✿ 15

282 18 0
                                    

ESHAN bergegas ke arah Datin Liyana yang sedang terduduk di atas katil hospital yang menempatkan Elvina selama tiga hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ESHAN bergegas ke arah Datin Liyana yang sedang terduduk di atas katil hospital yang menempatkan Elvina selama tiga hari ini. Datin Liyana yang sedang menangis dan Dato Ghazali yang tidak jemu memujuk, kedua-dua mereka Eshan pandang silih berganti.

Sebaik sahaja mendapat berita akan kondisi Elvina, kedua ibu bapa Eshan terbang ke Italy secepat yang mungkin. Sebaik sahaja melihat keadaan yang dihadapi Elvina, Datin Liyana meminta izin Dato Ghazali untuk menjaga anak perempuan yang malang itu.

Mulut perempuan tua yang bergelar ibu itu juga sudah berbuih mengatakan bahawa dia tidak patut meninggalkan Elvina dan sepatutnya membawa sekali anaknya ikut menetap di Dubai.

Dan hari ini, Datin Liyana sekali lagi tertampar dengan kehilangan Elvina. Dia hanya meninggalkan Elvina seketika sahaja untuk ke tandas dan bila dia kembali semula, bilik sudah tidak berpenghuni lagi.

Pihak hospital sedang menjalankan tugas dalam mencari keberadaan Elvina dan dalam pada masa yang sama Eshan juga telah tiba di hospital bersama Thaqif. Hampir pecah jantung Eshan dibuatnya saat Dato Ghazali memberitahu tentang kehilangan Elvina.

"Ibu minta maaf Es, Ibu tak tahu bila Elvina hilangkan diri. Ibu sakit perut dan sebab itulah ibu ke tandas sebentar, bila ibu keluar dari tandas, Elvina dah tak ada dalam bilik. Ibu minta maaf, ibu tak peka." Pilu hati Eshan taktala ibunya merayu memohon maaf atas kehilangan Elvina secara mengejut itu.

Tidak sampai hati untuk mengajukan apa-apa soalan kepada Datin Liyana buat masa sekarang walaupun Eshan tidak langsung menyalahkan syurganya itu atas apa yang terjadi pada hari ini.

"Ibu, it is not your fault..." Eshan mendakap erat tubuh Datin Liyana. Digosok lembut belakang badan ibunya lalu dikucup ubun-ubun Datin Liyana.

"Eshan pasti Elvina ada sekitar sini sahaja. Ibu tunggu sini dengan ayah ya? Eshan akan cari Elvina," pujuk Eshan sambil ibu jari kiri dan kanan mengusap lembut tangan yang ada dalam genggaman. Datin Liyana mengangguk perlahan.

"Emyr dah mula cari di sekitar luar hospital, doktor ada kata memori dia masih belum pulih sepenuhnya dan hal itu mampu membuatkan dia keliru jadi ayah ada minta Emyr cari di luar, takut dia larikan diri daripada kita," jelas Dato Ghazali kepada Eshan. Eshan membalas dengan anggukan lalu pamit meninggalkan kedua ibu bapanya dalam jagaan Thaqif.

•••

ELVINA tampak tidak ubah seperti mayat hidup. Mata yang bengkak dan memberat akibat tangisan lara, wajah yang pucat menanggung derita dengan bibir yang merekah hasil menahan seribu satu rahsia. Tersandar di dinding berhadapan dengan nursery room, Elvina hanya melangut memandang lampu yang menerangi koridor sepi ini.

Mutiara jernih meluncuri wajah tidak beriak itu. Rambut yang tidak terurus itu menutupi hampir seluruh wajah. Elvina masih duduk bersimpuh, kaku di tempat yang sama buat sekian lamanya.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now