HER VENGEANCE ✿ 30

270 16 9
                                    

"MENYESALNYA I tak ikut you dengan Thaqif pergi pejabat Elvina hari tu! Kalau tak mesti I puas hati sekali tengok kejatuhan dia depan mata," kata Karla

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"MENYESALNYA I tak ikut you dengan Thaqif pergi pejabat Elvina hari tu! Kalau tak mesti I puas hati sekali tengok kejatuhan dia depan mata," kata Karla. Warda tersenyum puas. Sejak kejadian tiga hari yang lepas, hidup Warda terus berubah. Warda semakin bahagia dan hari-harinya penuh dengan gelak tawa. Sejak Eshan sendiri yang khianati Elvina, hari Warda penuh dengan senyuman manakala Elvina pula...

Fateh sendiri yang datang menyerang Warda dan Eshan oleh kerana Elvina hampir berjaya bunuh diri akibat kejadian di mana dia dikhianati itu. Kata Fateh, Elvina demam panas dan tidak ubah seperti mayat hidup. Keadaan wanita itu ketika ini sangat memilukan.

Warda mati-matian ingatkan Eshan akan jatuh kesian dan akan kembali kepada Elvina namun dia silap.

Eshan langsung tidak kisah.

"Jadi bila tarikh majlis penyerahan syarikat?" soal Karla dengan penuh semangat.

"Nanti I akan bagi dekat you kad jemputan ke majlis penyerahan AYSA bila kad dah siap. Jangan risau Karla, you kan orang penting I. You orang pertama yang akan dapat kad jemputan tu." Warda dan Karla bersorak gembira bersama-sama. Bukan main lagi mereka bergembira di atas penderitaan Elvina pada saat ini.

"And Karla, I want you and Eshan untuk uruskan majlis I nanti, boleh? Segala tema dan hiasan untuk majlis I nanti I nak you and Eshan pilih. I trust both of you." Karla melonjat suka.

"You tak payah minta tolong pun memang I yang akan tawarkan diri untuk jadi designer you. You don't have to worry, Warda. I akan pastikan majlis you akan jadi majlis yang paling grand!" kata Karla penuh makna.

•••

"You pasti you boleh pergi majlis Warda?" soalan Fateh hanya diabaikan. Elvina melihat pantulan wajah miliknya di cermin. Elvina tahu yang Fateh sangat-sangat mengambil berat tentangnya. Lelaki itu sanggup datang ke rumah studionya untuk memastikan yang Elvina baik-baik sahaja. Oleh itu, dia masih boleh bersabar dengan karenah Fateh walaupun dia sudah naik menyampah dengan lelaki itu.

Elvina mengerling kad jemputan yang masih terletak elok di atas meja solek. Fateh masih menunggu jawapan daripada Elvina.

"Of course lah I kena pergi majlis penyerahan tu, Fateh. AYSA company I. Selagi mana company tu tak diserahkan kepada siapa-siapa selagi itulah AYSA tetap milik I." Tenang dan bersahaja sehingga Fateh tersenyum lembut. Fateh bangga dengan sikap tenang Elvina. Fateh tahu wanita kesayangannya itu kuat dan tidak mudah mengalah.

"You nak I temankan you? I free, I boleh jadi plus one you." Lembut sahaja suara Fateh menawarkan diri untuk pergi ke majlis tersebut dengan Elvina. Bukan apa, kalau boleh Fateh mahu menjadi kekuatan untuk Elvina. Dia mahu Elvina terus kuat menempuhi hari yang mendatang. Tidak kuat dia mahu lihat Elvina kemurungan lagi.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon