HER VENGEANCE ✿ 24

244 14 8
                                    

SELESAI mesyuarat di pejabat utama Candra, Fateh terus bergegas keluar dari bangunan mewah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI mesyuarat di pejabat utama Candra, Fateh terus bergegas keluar dari bangunan mewah ini. Tanpa disedari lelaki itu, Elvina setia melangkah mengikuti lelaki yang membuatkan perasaannya menjadi tidak tenteram itu. Eshan dan Emyr tiada bersamanya. Jadi Elvina ada rancangan tersendirinya. Rancangan yang tiada dalam senarai mereka.

"Fateh," panggil Elvina. Sebaik sahaja Fateh toleh ke belakang, Elvina tersenyum manis. Melihat wajah kacak lelaki tersebut membuatkan dadanya berdebar, rama-rama berterbangan di dalam perut.

"Boleh teman I balik rumah? Sebab surat kelulusan yang you nak tadi ada dekat rumah..." Elvina cuba nasib, melihat wajah ketat Fateh membuatkan Elvina terdiam sebentar.

"I know, my mistake sebab lupa dan tak peka sedangkan surat tu dah kena ada by today-"

"It's okay, jom." Malas mahu dengar penjelasan yang panjang berjela, jadi Fateh terus bersetuju. Elvina tersengih kemenangan. Senang benar dia mahu perangkap Fateh ke dalam permainannya.

MASING-MASING memandu kereta masing-masing. Sampai sahaja di rumah Elvina, Fateh membuntuti wanita itu dari belakang.

"I tunggu luar," kata Fateh dengan tegas. Elvina mengangguk faham. Namun belum sempat Elvina mahu mendekati pintu rumah, wanita itu jatuh terduduk sambil tangan memegang kepala yang semakin berdenyut itu.

"El!" Fateh cuba membantu Elvina bangun, pada mulanya berjaya namun Elvina sekali lagi rebah. Nasib sahaja Fateh pantas menyambut. Kalau tidak? Memang terhantuk kepala Elvina ke lantai batu ini.

"Fateh, I'm so sorry, I memang pening dari ofis tadi. Sorry," ucap Elvina sambil meletakkan tangan ke dada Fateh.

"Tolong buka pintu rumah I, 0922." Fateh mengangguk. Buka sahaja pintu rumah, Fateh memapah Elvina masuk ke dalam.

"Tolong bawa I sampai bilik I boleh? Bilik I dekat atas," minta Elvina. Fateh hanya menurut. Sampai sahaja di dalam bilik, Fateh menolong Elvina baring perlahan-lahan di atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada.

"Surat tu ada dalam almari situ." Elvina menunding jari ke arah almari mewah di ceruk bilik sana. Fateh mengangguk faham lalu berjalan mendekati almari tadi. Dicari di setiap tingkat, tidak bertanya kerana tidak mahu menyerabutkan kepala Elvina.

Sedang leka mencari, tiba-tiba sahaja ada sepasang tangan menjalar di perut Fateh. Elvina lentokkan kepala ke belakang tubuh Fateh.

Apa lagi, dengan segera Fateh menolak tubuh Elvina dengan kuat sehingga wanita licik itu hampir jatuh terlentang.

"Aku dah agak kau memang tak guna, Elvina!" Wajah Fateh berubah bengis manakala Elvina menjadi lebih terdesak. Ini sahaja peluang dia untuk memiliki Fateh. Dia tidak kisah lagi jika Fateh suami orang. Fateh mengatur langkah mahu keluar dari bilik namun dengan segera Elvina mengejar, dicapai lengan Fateh lalu digenggam kuat tangan panas lelaki itu.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now