HER BROKEN FATE ✿ 05

477 31 4
                                    

LAJU kaki yang masih berbekas luka itu melangkah mengikuti si pemimpin tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAJU kaki yang masih berbekas luka itu melangkah mengikuti si pemimpin tangan. Bibir tak lekang daripada menguntumkan senyuman manis. Mana tidaknya, dia sedang bersama seseorang yang paling dia sayangi di muka bumi ini.

Elvina dari tadi setia mengikuti jejak langkah Datin Liyana.

"Inilah taman yang ibu dan ayah bangunkan untuk sambut kelahiran Eshan dan Elvina. El suka sangat baca buku dan selfie dekat sini, sayang." Datin Liyana memimpin tangan Elvina, membawa gadis itu mengelilinggi taman bunga milik keluarga mereka.

Cantik! Elvina sangat sukakan bunga-bunga yang mekar dan harum di sekelilingnya ini.

Mereka sudah sedia maklum oleh doktor, jika mahu ingatan Elvina kembali pulih, mereka boleh membawa gadis itu ke tempat yang selalu Elvina pergi, beri gadis itu sesuatu yang dia sukai dan banyak lagi cara yang boleh membuat Elvina ingat kembali memori lamanya.

Oleh kerana itulah Datin Liyana membawa Elvina berjalan-jalan mengelilinggi rumah mereka.

"Ibu dan ayah tau yang tanam semua ni. Kita satu keluarga suka bunga, sebab itu ibu bawa awak ke sini. Mungkin El akan lebih cepat sembuh kalau selalu datang sini," ujar Datin Liyana sambil mengusap rambut satu-satunya anak perempuan milik dia dan suaminya.

Rambut Elvina yang kusut dan tidak teratur itu diperhati lama. Sebelah pendek, sebelah lebih panjang dan tiba tiba sahaja senget macam salah gunting. Fesyen apa ini?

Ataupun, adakah ini perbuatan jahat orang terhadap anaknya? Ini mesti angkara manusia yang menculik anaknya! Luluh jantung Datin Liyana taktala memori ketika berita Elvina diculik bermain di layar fikirannya.

Tanpa dia sedari, air mata mula menitik. Ditarik Elvina ke dalam pelukan.

"Ibu minta maaf ya, sayang. Mesti awak sunyi selama ni kan?" Dahi Elvina sedikit berkerut. Namun tangannya naik juga membalas pelukan.

Kenapa Datin Liyana seolah-olah seperti menujukan ayat itu buatnya? Kenapa dia terkesan dengan ayat yang disampaikan? Mengapa hatinya terasa remuk?

"Selagi ibu ada, selagi itu lah saya tak akan rasa sunyi," balas Elvina sambil dagunya direhatkan di bahu Datin Liyana.

"El, ibu nak bawa awak pergi salon. Kita potong rambut awak bagi elok ya?" ajak Datin Liyana sesudah sahaja mereka melepaskan pelukan. Kedua-dua belah bahu Elvina diusap penuh kasih sayang taktala riak wajah gadis itu berubah ketakutan.

"Saya tak berani," balas Elvina sambil tangan kurus itu menutup sebahagian leher putihnya.

Leher yang penuh dengan parut luka lama.

"Hey, kenapa ni sayang?" Datin Liyana mula cemas saat Elvina menapak kebelakang, seperti mahu larikan diri dan bersembunyi.

"Saya tak boleh..." Dahi Datin Liyana berkerut hebat. Adakah anaknya sekarang sedang bergelut dengan trauma? Ataupun Elvina memang tidak mahu berjumpa dengan mana mana orang luar lagi?

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now