HER VENGEANCE ✿ 37

256 14 10
                                    

"AYLA!" Warda menjerit memanggil nama Ayla yang sedang mencuci tandas berdekatan ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AYLA!" Warda menjerit memanggil nama Ayla yang sedang mencuci tandas berdekatan ruang tamu. Ayla segera membasuh tangan lalu menutup pili air sebelum berlari keluar, menuju ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, dua beradik yang sedang bergelak ketawa itu menjeling Ayla lalu mengepit hidung masing-masing sambil menayang riak jijik mereka kepada Ayla.

"Eh kak, boleh mati selera aku selama sebulan dengan perempuan busuk ni!" kata Wadya. Hampir termuntah Wadya di ruang tamu itu kerana jijik melihat Ayla.

Ayla tertunduk malu. Ayla tahu mereka sengaja mahu menghinanya kerana tandas rumah tidaklah kotor mana. Cuma mereka sendiri yang mahu Ayla mencuci tandas sehingga berkilat. Ayla tahu kedua beradik itu sengaja mahu membuli dirinya yang lemah itu.

"Lama betul kau cuci jamban... Ni ha, jangan lupa gosok baju aku sebelum pukul tujuh malam. Kalau aku lambat sebab kau siap kau aku kerjakan." Ayla hanya mengangguk faham. Kepala hanya ditundukkan ke bawah, tidak berani bertentang mata dengan mereka.

Wadya menjeling Ayla sekilas sebelum bekas Pringles yang sudah kosong itu diambil lalu dilontarkan tepat ke kepala gadis itu. Tubuh Ayla terhinjut akibat terkejut dan seraya dengan itu Warda dan Wadya tergelak sakan. Seronok dapat jadikan Ayla sebagai mangsa buli mereka.

"Eh perempuan pergilah sambung cuci jamban! Duduk sini lama-lama pula, nak muntah aku tengok kau lama-lama. Blah cepat!" Dengan segera Ayla pergi meninggalkan kedua beradik tersebut.

•••

FATEH turun ke ruang tamu oleh kerana terlalu dahaga. Sedap juga kalau dapat minum air yang berais di dapur. Warda sudah lama lena diulit mimpi jadi hanya Fateh sahaja yang turun ke dapur. Kalau tidak, memang melekatlah pasangan sejoli itu tidak kira masa.

Langkah Fateh terhenti saat kelibat Ayla sedang duduk di atas kerusi dapur lalu menghirup lebihan sup yang ada. Tangan yang selalu dia genggam dengan penuh sayang itu terketar-ketar memegang periuk belanga. Fateh nampak yang Ayla sedang licinkan semua makanan yang berlebihan.

Dan tiba-tiba sahaja Fateh seakan tersedar. Serta-merta jiwanya terasa bagai direntap melihat isteri pertamanya itu sedang hidup dalam keadaan yang amat memilukan. Malam tadi, Ayla sendiri mengaku dia sudah makan dan hanya menghidangkan makanan kepada Fateh, Warda dan Wadya. Tidak pula gadis itu menyertai mereka dan Fateh juga hilang tumpuan pada Ayla saat Warda dan Wadya bersembang dengannya.

"Ayla?" Sepantas kilat Ayla berdiri tegak lalu memandang Fateh dengan penuh ketakutan.

"Ma-maaf abang, saya lapar." Fateh berjalan mendekati Ayla lalu gadis itu menutup mata. Takut jika dirinya siapa-apakan.

"Buatkan air untuk aku." Laju Ayla mengangguk lalu membuka kabinet atas untuk mengambil apa yang patut. Fateh duduk di kerusi dapur lalu matanya tidak lepas memandang Ayla yang sedang sibuk menyediakan minuman untuknya.

Fateh baru tersedar yang berat badan Ayla semakin susut, tubuh isterinya selalu menggigil halus, Ayla kelihatan pucat dan penat dan Fateh perasan yang tangan Ayla kembali penuh dengan luka-luka dan kembali kasar, sama seperti dia mula-mula jumpa Ayla dulu.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now