HER BROKEN FATE ✿ 14

282 17 2
                                    

MILAN fashion exhibition kali ini menghimpunkan koleksi ternama dari setiap fashion brand yang terkenal dan bermutu tinggi

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

MILAN fashion exhibition kali ini menghimpunkan koleksi ternama dari setiap fashion brand yang terkenal dan bermutu tinggi. Pameran ini dilakukan secara private dan bukan calang-calang orang yang dijemput.

Eshan membawa Elvina sebagai plus one. Pada awalnya, hanya Datin Liyana yang dijemput hadir namun oleh kerana wanita itu ada hal lain yang lebih mustahak, Eshan lah yang menggantikan tempat ibunya sebagai tetamu undangan.

Tujuan Eshan membawa Elvina ke sini bersamanya sudah semestinylah kerana minat yang mendalam gadis itu terhadap bidang fesyen ini. Dia mahu membawa Elvina berjumpa dengan pereka fesyen terkenal yang diminati oleh gadis itu.

Lizzie Grantt.

Elvina sudah teruja saat bayang wanita berkerjaya itu menyapa pandangan matanya. Dikerling Eshan di sebelah dengan senyuman manisnya.

"I want you meet my lilttle sister, Elvina Marissa." Eshan memperkenalkan Elvina kepada Lizzie setelah sesi bertanya khabar selesai.

"Hello young lady, nice to meet you!"Elvina tersenyum lebar lalu menyambut huluran Lizzie. Elvina terkejut saat Lizzie menarik wanita itu ke dalam dakapan lalu melagakan pipi mereka.

"I heard that you love fashion so much, right?" Elvina Marissa mengangguk kepala laju-laju.

"Yes... I am. And I love you too," balas Elvina malu-malu. Eshan dan Lizzie terkejut dengan pengakuan yang polos itu. Mereka bertiga ketawa akibat terhibur

"I love you too, Elvina. Thank you!" Elvina pandang Eshan dengan muka bangga kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Eshan gelengkan kepala sambil menahan senyuman.

"Oh here, I want to show you... My drawing," kata Elvina lalu menghulurkan buku lukisnya kepada Lizzie. Lizzie tersenyum lalu mengambil buku yang kelihatan sudah tebal itu.

Eshan dan Elvina sudah tidak senang duduk saat wajah Lizzie berubah serius. Apa yang telah terjadi sehingga wajah wanita itu berubah terus?

"Well, she's new-"

"Oh trust me, she's not, sir. This is seriously the masterpiece created by goddess! This is pure talent, Elvina Marissa... and I know someone who also have the special talent like this..." Lizzie menatap lama wajah polos Elvina itu. Terkejut dengan kebolehan gadis yang baru habis sekolah dan tiada kemahiran apa-apa itu.

"You should- No! You must work with us one day Elvina, I bet my boss will loves you so much," puji Lizzie sehingga kembang hidung Elvina menahan kegembiraan yang berlipat kali ganda itu.

"Okay, I think we should stop here and..." Eshan membuat isyarat untuk beredar oleh kerana mereka telah menarik perhatian orang ramai. Lizzie tersentak, wanita itu tahu yang Eshan menjaga privasi adik perempuannya dan tidak mahu mana-mana perhatian. Jadi Lizzie memulangkan kembali buku lukis Elvina lalu membalas senyuman ikhlas gadis itu.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora