HER VENGEANCE ✿ 29

228 15 0
                                    

HARI ini Karla memandu berseorangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini Karla memandu berseorangan. Dia haramkan Emelda berkerja dengannya pada hari ini kerana mereka bergaduh semalam. Emelda tidak menyebelahinya dan itu membuatkan Emelda diiktiraf sebagai pembelot. Jadi untuk menghukum Emelda, Karla kunci pembantunya itu dalam hotel.

Itulah hukuman yang setimpal.

Karla bawa kereta dengan penuh keyakinan walaupun banyak peraturan yang dia sudah langgar. Terasa sedikit kekok juga memandu di sebelah kanan kenderaan. Karla juga kerap tersalah masuk jalan tapi siapa kisah? Kalau kena saman bayarlah. Kalau kemalangan, itu tandanya tuhan uji, maka terimalah Karla dengan hati terbuka.

Malas dia mahu fikir sangat. Fikir benda-benda yang positif sahaja Karla. Bawa aje lambat-lambat, asalkan selamat.

"Shit! I mana reti parking!" Karla mendengus kegeraman saat dia perlu masuk parking.

Karla memang ada lesen memandu tapi dia mana pernah memandu selepas dapat lesen. Ini semua salah Emelda! Tengok, sekarang dia tak reti nak parking kereta sudah.

Karla menarik nafas dalam sebelum menghembus dengan penuh semangat.

"You can do it, Karla!" Dengan keyakinan diri yang ada Karla menukar gear lalu dilepas brek kaki perlahan-lahan. Karla ikutkan sahaja apa yang hatinya suruh. Janji dia boleh parking.

"No!" jerit Karla apabila bonet belakang terlanggar cermin sisi kenderaan yang berada di belakang sana. Karla brek lalu tangan menutup mulut. Terkejut barang kali sehingga terkaku memikirkan nasib yang bakal menimpanya.

Nasib dia kaya. Setakat ganti side mirror murah sahaja kan?

Karla buka seatbelt lalu keluar dari perut kereta. Pemilik kereta yang dirempuh juga turut keluar, membuatkan Karla semakin gelisah.

"I'm so sorry miss, I akan ganti terus side mirror you, kalau you nak kereta baru pun boleh aje, minta dekat daddy I." Entah kenapa Karla gelabah sangat sehingga sanggup nak beli kereta baharu. Karla gigit ibu jari sambil menahan tangisan.

"Ya Allah, tak apalah... Sikit aje ni. Awak okay?" Karla mengangguk laju.

"I'm so sorry sebab langgar kereta you."

"It is okay, miss. No biggie." Karla balas senyuman manis wanita baik hati ini. Karla bernafas lega lalu menyelitkan rambut ke telinga.

"Wait..." Tubuh Karla sekali lagi keras membatu.

"You... you Karla Yasmeen Laurent, right?" Laju Karla menoleh ke arah wanita bertudung tadi.

"Wow, you know me?" Terkejut sangat Karla sehingga membulat mata bundar itu. Tidak sangka dia terkenal di Malaysia juga. Kalau ada yang mengenalinya di negara ini, Karla pasti orang tersebut dari keluarga ternama atau pun dari bidang fesyen.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now