HER JOURNEY ✿ 67

269 15 6
                                    

KETAWA Eshal menyebabkan jemaah yang lalu lalang di perkarangan Masjid Nabawi itu turut terhibur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KETAWA Eshal menyebabkan jemaah yang lalu lalang di perkarangan Masjid Nabawi itu turut terhibur. Setiap kali mereka lalu sahaja sebelah di Eshal pasti senyuman terukir di bibir.

Thaqif dan Elvina cuba menangkap Eshal yang sedang bebas berlari di bawah teduhan payung gergasi yang diberi nama "Al-Mashrabiyyah" itu. Ayla ketawa saat kedua pasangan suami isteri itu gagal menangkap anak sulungnya yang semakin aktif itu.

Padan muka, siapa suruh layan permintaan si Eshal tu. Tak pasal-pasal masing-masing dah lelah.

Mereka berempat kini berada di Madinah Al-Munawwarrah. Sedang menunaikan umrah bersama-sama kerana terlalu rindu dengan tempat suci ini.

Lagipun, Ayla memilih untuk menunaikan umrah sebagai self-reward pada dirinya setelah lama bertungkus-lumus dengan bisnes di Malaysia sana dan Ayla juga sudah berjanji mahu membawa Eshal ke sini lagi setelah anaknya itu besar sedikit.

Ayla tersenyum lagi saat hatinya terasa tenang. Terasa segala beban hidupnya seakan sudah diangkat dan dibuang jauh. Tiada lagi kesengsaraan yang dia rasakan seperti dahulu.

Cuma kadang-kala, hati kecil wanita itu tidak dapat menafikan rasa pedih bersulam rindu yang ditanggung selama dia kehilangan lelaki yang dia cintai.

Tipulah jika Ayla kata dia sudah sepenuhnya melupakan Eshan atau membenci Eshan kerana hati dan otaknya melakukan perkara yang disebaliknya.

Selama empat tahun ini juga, Ayla sudah lama memaafkan Eshan dan menunggu jejaka itu pulang namun oleh kerana dia sudah lama tidak bertanya khabar tentang lelaki itu, Ayla jadi takut sehingga sekarang dia tidak bertanya khabar tentang Eshan kepada Thaqif mahupun yang lain.

Bagaimana jika Eshan sudah lama meninggal dunia? Bagaimana jika Eshan masih hidup namun lelaki itu sudah menjumpai jodohnya lalu telah berkeluarga? Bagaimana jika Eshan sudah menganggap Ayla ini seperti orang luar jika mereka bertemu kembali?

Dan itu membuatkan Ayla takut. Takut untuk tahu apa yang jadi. Takut dengan realiti yang bakal menyakitinya sekali lagi, sehingga saat ini wanita itu hanya mendiamkan diri.

"Akak, mana Eshal?" Berkerut dahi Ayla saat Elvina menyoal soalan yang kurang cerdik itu. Kenapa tanya dia pula? Bukan tadi seronok main bersama ke?

"Eh mana akak tahu, tadi Eshal main dengan El dan Thaqif kan?" Jantung Ayla mula berdebar sakan. Mana pula anak dia pergi?

"Oh mungkin ikut abang kut. Tadi dia kata dia nak air sejuk dan kami suruh dia pergi dekat akak dulu sebab abang nak terus pergi beli air dan tadi ada orang bagi roti ni, katanya sedekah." Elvina cuba menenangkan diri masing-masing. Roti-roti yang ada diletakkan di tepi peha Ayla yang sedang duduk bersimpuh itu.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now