HER JOURNEY ✿ 66

275 15 8
                                    

DATO AYLA HESSA

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

DATO AYLA HESSA. Nama yang kini menjadi buah mulut rakyat Malaysia oleh kerana pencapaian beliau yang telah berjaya mengharumkan nama negara. Memiliki syarikat perfesyenan antarabangsa telah menjadikan wanita jelita yang hebat itu seorang diplomat negara di usia dua puluh sembilan tahun.

Ayla yang kini nampak lebih matang dan bergaya. Auratnya terjaga namun ia tidak mengahalang wanita itu daripada mengayakan busananya mengikut syara'. Dan itu yang membuatkan rakyat tempatan lebih mendukung perniagaan Ayla sehingga wanita itu menjadi jutawan muda.

Raid dan Elvina tepuk tangan sekuat yang mungkin saat seluruh penonton bersorak melihat Dato Ayla Hessa dan Tan Sri Ayra menaiki pentas utama bersama-sama.

Anak beranak itu dijemput ke talk show sebagai tetamu undangan. Ini kerana Ayla telah menjadi ikon para remaja serta belia terutama sekali untuk para gadis dan wanita. Kejayaan wanita itu dikagumi ramai sehingga dia dijulang sebagai ikon belia!

Ayla menjawab segala soalan dengan jawapan yang cerdas. Menunjukkan bahawa betapa tingginya pelajaran wanita itu.

Sehinggalah Ayla disoal tentang soal cinta.

Ayla cuma membalas yang dia hanya sibuk menguruskan Eshal oleh kerana puteri sulungnya itu semakin memerlukan perhatian.

Sedangkan dirinya masih lagi menunggu seseorang.

Seseorang yang hilang tanpa khabar berita.

Seseorang yang mungkin sedang menontonnya dari kaca televisyen.

•••

"AYLA memang tak mahu ambil tahu langsung tentang Eshan ke?" Thaqif menyoal dengan sayu. Walaupun hubungan persahabatan dia dengan Ayla sudah semakin baik seperti dahulu, tapi Ayla tidak pernah langsung buka cerita tentang Eshan sehingga Thaqif sendiri takut-takut mahu menceritakan perkembangan Eshan.

"Langsung tidak," balas Raid lalu disetujui oleh Emyr.

Sudah empat tahun berlalu sejak Eshan pergi meninggalkan mereka semua.

Dan sudah setahun berlalu sejak Fateh pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Eshal sudah masuk empat tahun. Makin aktif dan mulut murai! Ada sahaja nak tanya sampai tak ada siapa berani layan Eshal lama-lama oleh kerana kepintaran anak itu bertanya.

"Kau dengan Elvina nak nikah bila?" Thaqif tersengih kambing. Malu pula bila ada yang tanya tentang majlis perkahwinan dia dan Elvina.

"InsyaAllah bulan depan." Yang lain mula mengusik. Tak sangka mereka yang Thaqif akan kahwin dulu. Sudahlah dengan sepupu sendiri pula tu.

"Kahwin sepupu bukan ke tak-" Emyr sumbat cream puff dalam mulut Raid. Jantan ni kalau bersembang mana tengok kiri kanan dah.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang