HER VENGEANCE ✿ 33

247 14 5
                                    

SEJAK dihalau keluar dari rumah mereka sendiri, Fateh dan Warda membawa diri menumpang di rumah pakcik sulung Warda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK dihalau keluar dari rumah mereka sendiri, Fateh dan Warda membawa diri menumpang di rumah pakcik sulung Warda. Ibu bapa Fateh telah membuang lelaki itu dan memutuskan hubungan kekeluargaan di antara mereka manakala Warda pula hanya pakciknya sahaja yang masih memberi muka kepada Warda.

Senang cerita, kehidupan Warda dan Fateh sudah dilanda musibah. Miskin harta, dibuang keluarga serta aib mereka tersebar luas.

Entah apa lagi kifarah yang bakal menyusul selepas ini.

Pintu loceng serta ketukan pintu rumah banglo tersebut membuatkan Warda dan Fateh resah. Memang sejak dua menjak ini mereka hidup dalam keresahan dan ketakutan.

"Biar saya buka." Fateh menawarkan diri untuk membuka pintu lalu bangun dari duduk. Warda berlari ke bilik untuk mencapai tudung.

Fateh terkejut besar saat dua orang anggota polis serta dua lagi unit yang tidak dikenali menunggunya di sebalik pintu yang baru dia buka luas itu.

"Encik Fateh Rayhan?" Polis yang paling hadapan menyoal. Fateh mula menggigil halus.

"Ya saya."

"Encik dan Puan Warda Thalia ditahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah disyaki mendera dan mengabaikan anak lelaki di bawah umur. Sila beri kerjasama dan ikut kami ke balai untuk siasatan lebih lanjut," terang pegawai polis tersebut lalu memberi laluan untuk Fateh sendiri bergerak masuk ke dalam kereta polis.

"Kenapa ni Fateh?" Warda yang baru tiba di muka pintu menyoal Fateh yang sudah keras membatu itu.

"Sila ikut kami ke balai Puan." Warda menggeleng kepala. Meremang bulu romanya saat dia ditahan oleh polis. Dia mana ada bunuh orang! Bagaimana pula polis boleh menahan dia sedangkan dia tidak melakukan apa-apa jenayah pun.

"Untuk apa? Saya dan suami bukan penjenayah! Kami tak pernah bunuh orang lah Encik!" Warda cuba menafi manakala anghota polis sudah mengarahkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak untuk merempuh masuk ke dalam rumah oleh kerana mereka mempunyai waran untuk menahan dan memecah masuk ke dalam rumah.

"Eh apa ni? Jangan masuk rumah orang suka-suka hatilah!" Warda cuba menahan orang-orang yang berani masuk ke dalam rumah pakciknya itu namun segera Fateh menahan.

"Awak buat apa dekat Ryaz, Warda?" soalan Fateh membuatkan Warda menggigit bibir akibat gugup. Renungan tajam Fateh membuatkan Warda ketakutan.

Warda memerhati sekeliling. Pegawai-pegawai tadi sudah mengambil Ryaz. Di luar rumah pula, Warda ada nampak Elvina dan Emyr yang baru sahaja keluar daripada perut kereta itu.

"Kau... Kau yang fitnah kami kan Elvina?" Warda menjerit kuat dan ingin menerkam Elvina yang sedang berjalan ke arahnya itu namun sayang saat pegawai polis sudah menahan tubuh Warda terlebih dahulu.

"Kau ingat pihak polis nak layan fitnah aku semata-mata? Sebab ada buktilah kau boleh kena cekup, Warda." Elvina menggeleng kepala. Bodoh betul Warda ni. Ingat polis tak ada kerja lain ke nak main-main datang rumah orang.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now