HER BROKEN FATE ✿ 04

496 31 0
                                    

BUNYI sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan makan serta tawa riang seisi keluarga tersebut menambahkan lagi seri rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan makan serta tawa riang seisi keluarga tersebut menambahkan lagi seri rumah. Elvina masih terkekeh-kekeh saat keluarga besar itu menceritakan memori yang lalu dan menjadikan memori tersebut sebagai bahan jenaka.

Dato Ghazali juga turut meluangkan masa bersama keluarganya sebaik sahaja kerjanya selesai. Tambah-tambahan pula bila dia dapat tahu isterinya yang masak semua menu hari ini, memang makin tak sabar dia mahu pulang.

"Ingat tak Kak Yam, masa Eshan make-up kan Elvina sampaikan habis alat solek saya?" Datin Liyana menahan ketawa saat memori tersebut menerjah mindanya. Elvina jeling Eshan sekilas.

Eshan senyum? Eshan tengah senyum! Ya, Eshan bukan tengah senyum untuk dia pun namun melihat lelaki itu tersenyum bahagia membuatkan hati Elvina tenang.

Bukan apa, bagi Elvina, dialah penyebab mengapa lelaki itu selalu muram dan makin susah untuk tayang senyuman yang mampu membuatkan mana-mana gadis yang melihat senyuman itu cair.

Dia juga pasti yang Eshan tidak suka dia mengambil tempat adik kandungnya. Dia juga tahu yang Eshan tidak suka perempuan yang entah datang daripada mana ini. Tiba-tiba sahaja muncul dan menyusahkan hidup keluarga orang.

Pandangan Elvina beralih kepada Mak Yam pula.

"Mana tak ingatnya, masa tu Yam yang kena mandikan si Elvina. Siap kena sental lagi sebab susah nak hilangkan kesan gincu yang ada dekat dahi dia. Haih budak bertuah tu," kata Mak Yam dengan senyuman namun senyuman tadi layu ketika dia menggenangkan nasib Elvina yang sebenar. Automatik ruangan makan tersebut bertukar suram.

Jantung Elvina berdetak kencang.

Sungguh dia berasa sangat kerdil dan takut. Kecewa ada, sedih ada, nak nangis pun ada. Terasa seolah-olah ini semua berpunca daripadanya pula, sedangkan dia tidak tahu sepatah apa pun tentang sejarah kehilangan Elvina yang sebenar.

Tanpa Elvina sedari, Eshan mencerlung ke arahnya, lama.

"Disebabkan El dah balik ni boleh la Eshan conteng muka dia balik," kata Eshan lalu dipaksa dirinya untuk ketawa.

Kembang hidung Dato Ghazali dibuatnya. Palsu sungguh ketawa anak lelakinya itu sehingga geli hatinya. Eshan, Eshan... Tak pandai berlakon sungguh.

"Jangan risau El, nanti ayah rotan abang awak kalau dia usik awak." Wush, menusuk hingga ke kalbu perlian Dato Ghazali. Sungguh mendalam maknanya sehinggakan dapat ditafsir daripada pelbagai sudut. Eshan dengan dramatiknya meletakkan tangan kanan ke jantungnya lalu terbatuk palsu.

Elvina tersenyum janggal.

"Ya El, kalau abang awak berani buat awak, Mak Yam tibai dia!" kata Mak Yam seraya dengan jelingan penuh maksud.

Wah! Eshan rasa seperti semua orang mahu memerlinya.

Kenapa, mereka ingat dia akan buli budak keding ni ke? Ataupun mereka ingat yang dia akan flirt dengan budak yang malu malu kucing ni?

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now