HER BROKEN FATE ✿ 63

250 15 16
                                    

AYLA melambai Gibran yang baru tiba bersama Raid dan Karla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYLA melambai Gibran yang baru tiba bersama Raid dan Karla. Hari ini hari lahir Mak Yam, jadi mereka ada buat makan-makan.

Riuh-rendah juga suasana hari ini oleh kerana ramai yang hadir untuk meraikan hari istimewa ini. Cuma seperti biasa, hanya Thaqif dan Eshan yang tiada bersama mereka.

Ayla sedang duduk di buaian tepi taman milik ibunya. Karla dan Raid meminta Gibran untuk menyapa Ayla terlebih dahulu kerana dua manusia kelam-kabut tersebut mahu menghantar kek dan beberapa lagi perlatan dibeli ke dapur.

"Hi Ayla!" Ayla membalas senyuman Gibran. "Duduklah," kata Ayla. Gibran menarik kerusi plastik lalu duduk berhadapan.

"Ayla dengan baby sihat?" Ayla mengangguk laju, "Alhamdulillah." Gibran lega.

Lama juga Ayla dan Gibran berbual tentang kehidupan masing-masing sehinggalah tersentuh akan satu topik sensitif.

Topik apa lagi kalau bukan Eshan.

Gibran terus senyap kerana tidak reti untuk membalas manakala Ayla beriak biasa sahaja. Kaki Gibran kuis rumput, Ayla pula membuai diri sendiri perlahan-lahan.

"Kadang-kala Ayla..." Laju Ayla melangut memandang wajah kacak Gibran.

"Bukan semua yang pergi meninggalkan kita ikhlas pun untuk pergi," ucap Gibran sambil kepala didonggakan ke langit biru. Gibran senyum sendiri saat bayangan isteri tersayang menerjah ruangan akal.

Ya, dirinya pun ditanggalkan juga. Namun itu bukan bermaksud Gibran dan isterinya sudah lelah. Mereka masih sama-sama berjuang dengan harapan bahagia akan jadi milik mereka kembali.

Cuma isteri kesayangannya itu sedang dalam lena yang lama, bagaikan puteri sleeping beauty. Gibran ketawa sendiri.

"Huh?" Kening Ayla bertaut. Gibran hanya senyum dengan harapan wanita itu akan faham dengan sendirinya.

•••

GAMBAR Eshan dan dirinya ketika mereka di Italy dahulu Ayla tatap lama. Tersengih bersendirian seumpama orang hilang akal.

"Saya yakin yang awak ada sebab tersendiri dan saya percayakan awak, Eshan. Walaupun sampai sekarang saya tak tahu kenapa awak tinggalkan saya..." Ayla gigit bibir bawah.

"Tapi saya tak akan ragu-ragu dengan awak! Saya yakin awak tinggalkan saya demi kebaikan kita. Jadi Eshan, please live well and be happy."

"Saya akan hidup dengan sepenuhnya juga... Saya akan jaga diri saya, saya akan jadi Ayla Hessa yang kuat macam dulu. Saya akan cari kebahagian saya tanpa awak." Walaupun susah kerana awaklah kebahagiaan saya.

"Jadi bila kita bertemu kembali, saya dengan awak... Kita sama-sama tak akan sakit lagi. Kita akan jumpa dengan versi yang lebih baik." Titisan air mata jatuh tepat ke skrin telefon namun Ayla masih senyum suka.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now