HER VENGEANCE ✿ 22

283 19 1
                                    

"THAQIF?" Elvina terjerit keterujaan saat figura Thaqif menyapa pandangan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"THAQIF?" Elvina terjerit keterujaan saat figura Thaqif menyapa pandangan mata. Thaqif menghadiahkan senyuman manis kepada Elvina lalu bunga yang berada di tangan dihulur ke arah Elvina. Elvina menyambut huluran Thaqif lalu tersenyum gembira.

"I miss you so much!" luah Elvina sambil terlompat kecil. Tidak berani dia mahu memeluk tubuh sasa itu kerana dia tahu Thaqif merupakan seorang yang sangat menjaga batas agama. Bukan seperti mereka bertiga.

"Perasaan rindu saya terbalas la ni?" Elvina ketawa kecil.

"Aku pun rindu kau, bro!" kata Emyr lalu mendekatkan bibirnya ke pipi Thaqif.

"Bodoh!" Thaqif mengesat kulit yang baru sahaja menjadi sasaran bibir Emyr itu.

"Macam mana PHD?" soalan Elvina membuatkan Thaqif menggeleng laju.

"Asalkan graduated." Thaqif sambung ketawa.

"You know what, Qif? Kau kembali dekat kami pada yang tepat!" Eshan merangkul bahu Thaqif, Emyr dan Elvina pula tersengih mengalahkan kerang busuk. Thaqif mula meremang. Aduh, dah tua-tua pun nak ajak main something ke? Dia bukan muda lagi macam dulu. Masing Masing nak masuk 30 dah.

"Kalau nak main kejar-kejar aku dah tak larat."

"Lagi best dari kejar-kejar," balas Emyr.

"Race?" Apa lagi yang boleh buat Emyr rasa seronok kalau bukan race?

"I nak minta tolong..."

"I'm in." Eshan dan Emyr terkejut besar. Belum sempat Elvina nak berdrama, Thaqif terlebih dahulu menerima ajakan Elvina. Emyr dan Eshan pandang Thaqif atas bawah, atas bawah. Thaqif yang kurang selesa dipandang sebegitu rupa terus membuka bicara.

"What? Sebagai abang yang baik, aku kenalah tolong adik aku," kata Thaqif tanpa rasa bersalah lalu kembali senyum kepada Elvina.

Tapi memang betul pun. Sayang Thaqif kepada Elvina tidak ubah seperti sayang seorang abang kepada adik perempuan. Thaqif sayang Elvina, bukan cinta seperti mana Eshan cintakan Elvina. Eh?

Apa-apa aje lah.

"So..." Elvina menjungkitkan kening apabila disoal oleh Thaqif.

"Apa dah jadi, El?" Lembut sahaja suara garau itu menyoal. Elvina tersenyum kelat lalu kembali memandang lantai ofis. Mereka kini berada di studio Eshan.

"Panjangnya ceritanya, biar aku order piza," kata Emyr lalu berlalu untuk memesan makanan.

•••

SETELAH selesai sesi luahan hati Elvina, ketiga-tiga lelaki yang berada di dalam ofis Eshan itu diam tidak berkutik. Elvina pandang ketiga-tiga mereka silih berganti.

Thaqif mengeluh, sudah dia agak selama ini Elvina pasti ada menyembunyikan sesuatu daripada mereka. Dari dulu lagi, semasa Elvina baru sahaja tamat SPM, Thaqif nampak segala perubahan yang berlaku kepada wanita itu. Sehinggalah dia sambung belajar dan ketika dia dan Eshan terpaksa berpisah beberapa bulan dengan Elvina untuk menguruskan hal di Italy, Thaqif sedar akan perubahan sikap wanita yang lemah lembut itu. Dia tidak buta hati lagi untuk menilai. Namun, dia siapa untuk masuk campur hal yang Elvina sendiri tidak mahu bercerita.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now