HER BROKEN FATE ✿ 58

231 17 19
                                    

LANGKAH dihentikan dengan segera saat diri terasa diekori seseorang

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

LANGKAH dihentikan dengan segera saat diri terasa diekori seseorang. Eshan pusing ke belakang lalu memandang wajah garang Raid. Eshan hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa yang patut dia katakan. Mereka berdua sedang berada di hospital. Bau ubat-ubatan menusuk ke hidung masing-masing.

"Kau sakit apa?" Eshan senyum hambar. Tidak pernah dia lihat sisi garang Raid, mungkin hari ini dia terlalu bertuah sehingga dapat lihat sisi gelap sahabatnya itu.

"Aku demam Raid, sebab itu aku tak mahu jumpa Ayla. Aku takut nanti berjangkit, macam mana nak kahwin," gurau Eshan lalu ketawa sendiri. Raid hanya menggelengkan kepala lalu jalan mendekati Eshan.

"Kalau kau tak sihat kenapa tak bagi tahu kami? Sekurang-kurangnya boleh aku dan yang lain tolong apa yang patut." Raid kini sedang berjalan di sisi Eshan. Langkah mereka perlahan namun masih laju ke hadapan oleh kerana ketinggian masing-masing.

"Semua tengah busy dan penat, aku tak mahu ganggu hal kau orang. Asyik bergantung dekat orang ni susah aku nanti. Apa-apa sikit nanti asyik mengharapkan orang aje." Dahi Raid berkerut seribu. Apa punya masalah otak si Eshan ni? Setakat tolong-menolong apa yang patut tak adanya dikira terlalu mengharap pada orang.

"Dah lama kau perhatikan aku?" Raid angguk. Lama jugalah dia perhatikan Eshan, sejak dari lelaki itu sering mengasingkan diri lagi. Iyalah, mahu juga dia tahu mengapa Eshan berubah dan selalu bersendirian.

Hati Raid kuat mengatakan yang Eshan mengasingkan diri kerana lelaki itu menyimpan suatu rahsia yang besar dan bukan kerana terkesan dengan apa yang terjadi kepada Ayla.

Eshan cinta gila kut dekat Ayla!

Mana mungkin hanya kerana Ayla mengandung anak Fateh, Eshan mahu pergi meninggalkan Ayla. Mustahil.

Dan kalau memang benar sekalipun, Raid syak Eshan sebenarnua disantau oleh mana-mana manusia berhati busuk.

"Jangan risau Raid, aku tak akan tinggalkan engkau," kata Eshan sambil memegang bahu Raid dengan romantis. Raid menjeling Eshan yang sedang bergurau kasar itu. Kalau dia hempuk Eshan agaknya dia kena penjara tak?

"Ayla macam ma-" Belum sempat Eshan menyoal, deringan telefon membuatkan Raid terus menjawab panggilan telefon.

"Kenapa?" Eshan menunggu Raid yang sedang mendengar setiap bait bicara Karla itu. Makin lama, wajah yang dipamirkan oleh Raid itu membuatkan Eshan makin cemas.

"Shit!" Raid menumbuk dinding berdekatan.

"Warda berjaya perangkap Ayla," jelas Raid.

"Apa? Bukan Ayla dekat rumah ke?" soal Eshan.

"Kau tahukan Ayla masih tak sihat sepenuhnya? Gambar entah siapa-siapa pun dia percaya itu kau Eshan. Karla kata Tan Sri jumpa banyak gambar berterabur dekat lantai dan gambar-gambar tu penuh dengan gambar lelaki kena seksa. Ayla pula hilang. Emyr syak Ayla jumpa Warda sendiri sebab betina tu ugut Ayla. Emyr ada bagi tahu yang Ayla ada mesej kata dia perlu selamatkan kau jadi jangan ikut dia selagi dia tak bagi arahan." Panjang lebar Raid menerangkan kepada Eshan sambil langkah kaki panjang mereka laju melangkah keluar dari hospital.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum