HER BROKEN FATE ✿ 50

241 17 3
                                    

SENYUMAN terhias di bibir saat orang yang tersayang semuanya lengkap berada di depan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENYUMAN terhias di bibir saat orang yang tersayang semuanya lengkap berada di depan mata. Ayla ketawa besar melihat Emyr dan Raid yang sedang berperang dengan makanan laut itu. Datin Liyana dan Tan Sri Ayra sedang sibuk menyiapkan manisan di dapur, Dato Ghazali sedang memarahi Raid dan Emyr yang tidak reti membuat kerja dengan bersih itu.

Ada sahaja perangai dua orang itu yang membuatkan yang lain ketawa terhibur dengan kelakuan spontan mereka itu.

Karla dan Elvina sedang bergosip sambil menyusun pinggan mangkuk manakala Thaqif dan Eshan sedang keluar membeli apa yang patut. Ayla pula hanya membantu apa yang patut oleh kerana yang lain melarang wanita itu membuat kerja.

Baru semalam Ayla pengsan lagi akibat membawa kotak yang penuh dengan kain dan barangan fesyen yang baru tiba di lobi AYSA.

Ayla juga cepat lupa sekarang sehingga yang lain mula risau. Namun Ayla sendiri menganggap itu perkara normal kerana semua orang mudah lupa kadang-kala. Sama seperti dia dan ada betulnya apa yang Ayla katakan itu. Jadi, yang lain terus tidak terlalu risau.

Apabila semua sudah selesai, mereka semua berkumpul di meja yang telah dihias rapi oleh Karla dan Elvina. Seronok apabila dapat berkumpul dan makan beramai-ramai. Terasa seperti sebuah keluarga yang besar.

Raid memimpin bacaan doa sebelum mereka menjamah makanan bersama-sama. Selesai berdoa, keluarga besar itu makan bersama-sama sambil berkongsi cerita dan kebahagiaan masing-masing.

Gelak tawa memenuhi perkarangan rumah agam Tan Sri Ayra.

Tiada lagi sepi dan kesakitan. Hanya ada tawa dan bahagia sahaja.

Emyr pandang semua yang ada di taman rumah ini. Apabila semua telah selesai makan, Emyr mengambil keputusan untuk memaklumkan sesuatu yang mungkin akan membuatkan yang lain kurang senang.

Tetapi Emyr tetap mahu memberitahu mereka. Dia wajib memaklumkan hal ini terutama sekali kepada Ayla dan Eshan.

"Okay everyone! Saya ada penggumuman sikit!" Emyr bangun sambil mengetuk gelas kaca dengan garfu yang ada di tangan. Emyr renung seorang demi seorang. Rasa kekok pula apabila semua orang senyap dan menumpukan sepenuhnya tumpuan kepadanya. Emyr berdehem sebelum bersuara.

"So... Minggu depan..." Yang lain mengangguk, mahu Emyr meneruskan bicara.

"Saya akan kembali bertugas sebagai seorang perajurit negara semula!" kata Emyr dengan semangat namun hampa saat yang lain diam membisu. Terkebil-kebil mata yang lain cuba memproses apa yang Emyr cuba sampaikan kepada mereka itu.

Emyr sudah malu. Kenapa semua macam tak layan dia ni? Emyr usap leher yang rasa meremang dan panas akibat malu lalu tersengih kekok.

"Wah! Baguslah kan kalau macam tu?" Tan Sri Ayra lah yang pertama menunjukkan rasa gembira serta menepuk tangan buat Emyr.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now