HER BROKEN FATE ✿ 57

196 14 14
                                    

HILANG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HILANG. Perkataan paling tepat untuk mengambarkan situasi yang mereka sedang hadapi ketika ini. Masing-masing hilang dari realiti yang amat menyakitkan ini sehingga tiap wajah tidak memberi apa-apa reaksi.

Semua yang hadir terduduk lemah di kerusi menunggu. Berita yang baru disampaikan oleh doktor itu tadi seakan batu besar yang menghentam kuat.

Jika mereka pun sudah naik buntu dengan situasi sekarang apa lagi Ayla yang sedang menghadapi derita ini.

"Huh." Esakan halus Karla membuatkan semua mata menumpu ke wanita itu. Bahu terhinjut-hinjut menahan tangisan. Tangan sudah lama ditekup ke wajah sendiri.

"She suffered a lot..." Karla menangis sepuas-puasnya namun tangisan wanita itu sangat halus dan mendayu sehingga yang lain turut terkesan. Thaqif menahan tangisan sambil melihat Eshan dan Karla silih berganti. Wajah Eshan dingin tanpa riak. Tiada tanda-tanda mahu menangis namun tanda-tanda mahu membunuh yang jelas diperlihatkan.

Thaqif kesat air mata yang jatuh. Dia tidak sanggup berjumpa dengan wanita yang dia anggap seperti adik kandung itu. Sudah pasti jiwa Thaqif akan remuk dan hancur melihat keadaan Ayla yang tak ubah seperti patung cendana di dalam sana.

Thaqif rasa mahu pitam.

Dari jauh lagi sudah terdengar derapan tapak kaki yang semakin mendekat. Eshan, Thaqif dan Karla melangut, mengharapkan ianya Emyr Naufal ataupun Raid Haqqani namun figura Fateh Rayhan pula yang muncul sehingga ketiga-tiga sahabat itu serentak berdiri tegak.

"Mana Ay-" Belum sempat Fateh menyoal, tumbukan padu telah dihadiahkan terlebih dahulu sebagai tanda menyambut kedatangan yang tidak diundang itu. Oleh kerana tumbukan Eshan terlalu padu, Fateh jatuh tersungkur sehingga Thaqif menahan Eshan. Karla pula puas hati, kalau boleh mahu sahaja dia tarik Thaqif dan biarkan Eshan membuat kerja. Kalau Fateh mati sekalipun senang sikit, bilik mayat mengalu-alukan sangat kehadiran lelaki tak guna itu.

"Berani kau tunjuk muka kau depan kami?" Thaqif bersuara tegas. Eshan masih lagi mencari nafas oleh kerana telah hilang kawalan.

"Jantan tak ada maruah." Sengaja Karla menambah lalu memijak betis Fateh sehingga lelaki itu mendesah kesakitan. Nasib sangat menyebelahi mereka saat tiada doktor dan jururawat pun yang lalu-lalang di kawasan ini.

"Aku minta maaf." Fateh cuba bangun lalu melutut di hadapan ketiga-tiga sahabat itu. Eshan yang sudah hilang sabar itu kembali menyerang Fateh sehingga Fateh sekali lagi terbaring lemah. Pada awalnya Thaqif hanya membiarkan namun setelah melihat Fateh hanya menyerahkan diri dipukul dengan Eshan, terus Thaqif tahan tubuh Eshan. Kalau mati, Eshan juga yang masuk penjara.

Fateh yang kelihatan lunyai itu bangun perlahan-lahan lalu kembali melutut. Karla sudah ketawa tidak percaya manakala Thaqif dan Eshan hanya memandang tajam perbuatan Fateh.

"Tolong bagi aku jumpa isteri aku." Mulut Karla ternganga luas.

The Audacity.

Ini memang sudah melampau. Karla dan Thaqif pasti, Fateh sengaja mahu buat mereka bengang dengan perkataan isteri itu. Sedangkan Fateh pula, memang tidak berniat dan tidak fikir jauh. Sudahlah mereka masih bengang kerana Fateh dilepaskan dari kesalahan oleh kerana bukti yang tidak cukup dan ikat jamin daripada keluarga sendiri.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now