HER BROKEN FATE ✿ 51

295 16 31
                                    

BELIT sini belit sana, hasilnya tetap mengecewakan Ayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BELIT sini belit sana, hasilnya tetap mengecewakan Ayla. Susah juga ya mahu memakai shawl. Bagaimana wanita-wanita berhijab di luar sana nampak begitu anggun mengayakan segala jenis tudung? Bagaimana mereka boleh ada kehebatan untuk mengayakan shawl dengan mudah, ringkas dan kemas?

"Susahnya ya Allah..." Ayla terduduk di hujung tilam. Ayla termenung namun lama-lama bibir merah delima itu mengguntumkan senyuman. Di usia dua puluh lima tahun ini, Ayla baru terbuka hati untuk merasai manisnya berhijab. Dan sudah semestinya itu membuatkan Ayla semakin istiqamah dalam menutup aurat.

Sebenarnya hatinya sudah lama mahu istiqamah dalam menutup aurat. Jadi, Ayla mula dengan memakai pakaian yang labuh dan lengan panjang. Apabila Ayla sudah puas dengan perubahan dia dalam berterusan memakai pakaian longgar dan labuh, Ayla memgambil keputusan untuk istiqamah memakai tudung pula.

Dan sekarang Ayla sedang mencuba pelbagai jenis tudung dan pelbagai jenis gaya. Tiada siapa lagi yang tahu dengan perubahan yang bakal Ayla lakukan ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui niat hati Ayla.

Ayla bersemangat. Ayla bangun dari duduk lalu kembali ke arah cermin.

Beberapa minit kemudian, Ayla tersenyum suka saat bentuk tudungnya terjadi elok. Kemas dan ringkas. Seronok pula apabila dapat mengayakan shawl yang dipakai dengan jayanya.

Ayla mengemaskan apa yang patut lalu bersedia untuk turun ke bawah. Mahu bersarapan sekali dengan ibunda tercinta.

Tan Sri Ayra yang sedang leka menyediakan sarapan pagi buat anak perempuannya itu masih tidak perasan dengan kehadiran Ayla.

"Momma."

"Ya sayang?" Segera Tan Sri Ayra menoleh ke belakang. Di mana ada seorang bidadari kiriman tuhan yang sangat jelita, sangat terjaga auratnya.

Automatik tangan naik menekup mulut yang sudah ternganga luas itu. Air mata kegembiraan menitis ke pipi. Pandangan mata penuh emosi itu saling berbalas.

Ayla tersenyum dalam esakan sehingga menampakkan gigi putihnya.

Ini detik yang amat bermakna buat ibu dan anak tersebut.

"Ayla? Ayla pakai..." Tidak mampu menghabiskan ayatnya, Tan Sri Ayra meluru ke arah Ayla.

"Ya... Ayla nak berhijrah." Ayla mendepakan tangan kiri dan kanan lalu membalas pelukan.

"Momma bangga sayang, momma suka!"

"Terima kasih momma, tapi Ayla minta maaf sebab tudung Ayla masih tak sempurna labuhnya..." Tan Sri Ayra menggeleng laju.

"Tak apa sayang, perlahan-lahan. Momma yakin anak kesayangan momma tak akan ambil masa yang lama pun untuk akhirnya istiqamah menjadi muslimah sejati," kata Tan Sri Ayra lalu mengusap lengan kurus Ayla.

Tan Sri Ayra bersyukur teramat. Sudah semestinya sebagai seorang ibu, Tan Sri Ayra banyak menegur cara hidup Ayla yang sangat bebas itu sebaik sahaja wanita itu kembali ke pangkuannya. Namun, tegurannya sangat halus dan penuh kasih sayang kerana dia faham akan situasi anak perempuannya.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now