HER BROKEN FATE ✿ 54

211 15 24
                                    

"BUKAN aku yang bagi dadah tu dekat Ayla! Aku cuma sempat selamatkan dia sebab ada nombor yang aku tak kenal hantar location hotel tu dekat aku!" Bersungguh Fateh membela diri sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUKAN aku yang bagi dadah tu dekat Ayla! Aku cuma sempat selamatkan dia sebab ada nombor yang aku tak kenal hantar location hotel tu dekat aku!" Bersungguh Fateh membela diri sendiri. Pegawai polis yang bertugas hanya mengambil keterangan.

"Huh? Selamatkan? Kau bodoh ke sial? Kau dah rogol Ayla lah Fateh! Kau buat perkara terkutuk tu masa dia tak sedar dan kau tak ada persetujuan dia pun! Itulah rogol lah bangang!" Eshan meluru ke arah Fateh lalu mencengkam kuat kolar baju lelaki itu.

"Eshan!" Thaqif menarik baju Eshan. Kerana Eshan terlalu kuat ketika marah, Thaqif terpaksa peluk demi meleraikan pergaduhan.

"Sudah! Sudah! Kalau tak dua-dua kami humban masuk lokap malam ni!" Pegawai polis yang sedang menarik tubuh Fateh turut bersuara.

"Kau faham tak aku pun bawah pengaruh dadah juga? Aku tak sedarlah! Kau ingat aku sanggup main cara kotor dengan rendahkan maruah isteri aku semata-mata nak dia dalam genggaman aku semula ke? Eh Eshan... Kau ingat kau sorang aje yang tunggu cinta Ayla? Aku suami dia Eshan! Kau ingat mudah ke aku nak lepaskan Ayla tambah-tambah lagi bila aku tahu kau tengah tunggu dia? Tapi aku tak sehina yang kau sangkalah sampai nak main cara kotor! Aku pun sedang cuba cara yang terbaik untuk menangkan hati dia! Cuma aku tak sangka jadi macam ni... Kau yang bukan mahram pun tak mampu nak lepaskan Ayla dari hidup kau apa lagi aku! Aku suami dia lah!" Eshan terhenyak dengan fakta yang Fateh ludahkan kepadanya. Pegawai polis serta beberapa lagi yang berada di ruangan yang sama turut terkejut dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Fateh.

Wah! Ada teh yang sangat hangat sehingga ada beberapa orang yang mula pasang telinga.

Jika orang yang tidak tahu kisah penuh, sudah semestinyalah mereka anggap Fateh sebagai suami yang tersakiti manakala Eshan ialah lelaki yang tergamak merosakkan mahligai cinta Ayla dan Fateh.

"Jadi mangsa rogol tu isteri awak?" soal salah seorang polis yang mengambil keterangan. Fateh mengangguk perlahan.

"Dan awak?" Eshan bengang taktala polis yang berada di hadapannya ini sedang mengejek sinis. Ah, ini mesti tipikal polis yang menyalahkan mangsa rogol dan menganggap marital rape itu suatu agenda barat semata.

"Lelaki yang tahu beza mana cinta mana rogol?" Sinis Eshan membalas.

"Jadi apa yang nak dibesarkannya? Kiranya dia layan suami dia lah dan bukan kena rogol pun. Lainlah kalau dia layan awak dan tak puas hati ke baru lah boleh buka kes." Bukan setakat Eshan, Fateh dan Thaqif turut berang akibat mulut celupar pegawai tadi. Fateh yang berada di sebelah Eshan bangun lalu meluru ke arah polis tadi.

"Isteri aku bukan perempuan murah lah sial!" Satu, dua dan tiga tumbukan padu terlepas sehingga hampir lunyai pegawai tadi. Keadaan di balai polis semakin kecoh. Namun hanya sorang dua sahaja yang membantu pegawai tadi untuk bangun yang lain hanya selamba mengerjakan tugas masing-masing.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now