HER BROKEN FATE ✿ 03

496 31 0
                                    

"WE need to talk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WE need to talk.." Eshan tahu yang Elvina mula gentar dengan anginnya yang tiba-tiba berubah arah itu. Iyalah, siapa sahaja yang tidak terkejut dengan perubahan tiga ratus enam puluh darjah lelaki itu. Tadi dialah lelaki yang paling ceria dan penyayang, tiba-tiba tidak sampai seminit dia sudah berubah dingin, seolah-olah mahu membunuh Elvina yang berada di depan.

Elvina masih mendiamkan diri, gadis itu menunduk memandang jari jemari panjang yang sedang diramas oleh diri sendiri. Dia tahu Eshan sedang datang mendekat namun dia tidak berani untuk bersua muka dengan lelaki yang bergelar abang itu.

Seribu satu soalan mula bermain di fikiran. Hubungan dia dan Eshan sebelum dia hilang ingatan memang rengang kah? Ada sesuatu yang terjadi kepada mereka kah sehinggakan riak wajah Eshan begitu menyatakan bahawa Eshan tidak langsung menganggapnya sebagai seorang adik?

Atau mungkin Eshan hanya marah kerana risau, kan?

Seperti selalunya, seorang abang akan naik marah jika adik perempuannya tidak menjaga diri dengan baik. Mungkin Eshan marah kerana itu?

Ha, bak kata orang tua, marah kerana sayang!

"Since I've got no time, can you just please be honest? Do you remember your past or not?" Elvina tahu yang Eshan sedang menyoal namun...

kerana slang english lelaki itu dan kelajuan dia menuturkan ayat membuatkan Elvina diam tidak berkutik.

Dia tidak pandai.

Elvina pegang kepalanya. Mungkin itu perkara pertama yang dia sedar. Benar-benar sedar tentang dirinya sendiri.

Elvina seakan terasa deja vu. Berkerut-kerut dahi gadis itu saat dia seakan-akan mahu mengingati sesuatu namun mindanya menghalang. Eshan juga kerut dahi melihat telatah gadis asing itu. Comel sahaja bibir gadis itu mencebik.

Comel? Comel?!

Eshan menjulingkan biji mata. Come on, normal apa untuk puji-memuji ciptaan tuhan, kan?

"Saya minta maaf tapi saya tak faham apa yang abang cakap, laju sangat," tutur Elvina dengan perlahan. Kedengaran sayu sahaja suara gadis itu, seolah-olah malu dengan diri sendiri. Sebenarnya, memang dia malu. Malu kerana dia tidak mampu terjemahkan apa yang Eshan katakan tadi. Elvina tahu mesti lelaki itu memandang rendah padanya.

Eshan pula? Percayalah, bukan masalah dia jika seseorang itu tidak berpelajaran. Walaupun berasal daripada keluarga kaya raya, itu bukan tiket untuk dia merendahkan orang yang lebih susah. Tambahan lagi dia dibesarkan oleh keluarga yang mengasuhnya menjadi manusia yang beradab.

"Aku kata, kau ingat atau tidak memori lama kau? Tak akan sikit pun tak ingat?" tanya Eshan dengan tegas. Terkedip-kedip mata sembap Elvina.

"Saya ingat abang." Balasan Elvina membuatkan Eshan pula terdiam. Pandangan Eshan bertukar redup.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now