HER BROKEN FATE ✿ 17

288 16 0
                                    

"AMANDA?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AMANDA?"

"Si?" Amanda menjawab sambil membuka langkah mendekati yang lain. Dahi Elvina berkerut saat mindanya cuba mengingati siapa gerangan yang berada di hadapannya sekarang. Wajah wanita itu seakan pernah dia lihat, namun di mana?

"Aunty!" Amanda menarik Datin Liyana masuk ke dalam pelukannya. Datin Liyana juga turut membalas pelukan tersebut lalu mereka tersenyum gembira.

"How are you, aunty? Lama I tak dengar khabar aunty since Eshan busy sangat sampai tak sempat nak reply my message." Datin Liyana faham bahawa Amanda sedang mengadu padanya tentang kedinginan Eshan terhadap wanita itu. Nak tak nak, kenalah dia melayan karenah Amanda agar wanita itu tidak kecil hati dengan keluarga mereka. Maklumlah, Amanda telah banyak menolong keluarga Dato Ghazali. Setakat melayan karenah kebudak-budakkan wanita itu, apalah sangat.

"Eshan ni memang, nak kena bap bap dia ni!" kata Datin Liyana sambil mengangkat tangannya ke udara, paras bahunya lalu dihayunkan tangan tu ke hadapan untuk mengertak Eshan. Eshan pula sudah menayangkan wajah traumanya. Sudah kenapa ibunya seorang ini?

"Hi, you tak ingat I ke?" Amanda menyoal Elvina yang nampak polos itu. Elvina membalas senyuman manis Amanda.

"I doctor yang rawat you dulu, El." jelas Amanda lalu menarik tangan kanan Elvina untuk berlaga pipi, typical perempuan bila bersalaman.

"Maaf, saya cuma ingat samar-samar," balas Elvina dengan senyuman kekok. Malu pula bila dia terlupa orang yang sudah banyak membantunya.

"It's okay, I faham," balas Amanda.

"Mana mummy you, Amanda?" Datin Liyana menyoal Amanda yang kelihatan seakan dalam dunianya sendiri itu. Wajah gadis itu jelas kelihatan penat. Lingkungan gelap di bawah mata menjadi bukti bahawa wanita itu penat berkerja dan tiada masa untuk dirinya sendiri.

"I'm not sure, aunty. Am pun baru nak cari momma," jawab Amanda lalu wanita itu menghadiahkan senyuman manis sebagai penamat bicara.

•••

"ESHAN, boleh saya pusing-pusing sekitar sini? Nanti saya datang sini balik." Elvina meminta izin Eshan untuk berjalan-jalan. Bukan apa, dia sudah bosan duduk di tempat yang sama, menunggu orang-orang kaya ini habis bersembang dan ulang semula semua langkah-langkah itu dengan orang kaya yang lain. Lagipun dia tidak arif tentang business langsung. Jadi, sudah sakit otaknya mendengar ayat ayat yang tidak pernah dia dengar sebelum ini.

"Sure but can you?" Elvina hanya tersenyum singkat. Dengar seperti perlian namun dia tahu Eshan hanya risau. Elvina merenung iris mata Eshan sebelum gadis itu mengangguk perlahan.

"Take care." Eshan menghantar pemergian Elvina melalui ekoran matanya. Sebaik sahaja bayang Elvina mula hilang, Eshan mengeluarkan telefon pintar miliknya daripada poket seluar lalu dilekatkan di telinga.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now