HER BROKEN FATE ✿ 12

267 16 0
                                    

TIDAK tunggu lama, keesokkan harinya juga Elvina terus berjumpa dengan Eshan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIDAK tunggu lama, keesokkan harinya juga Elvina terus berjumpa dengan Eshan. Gadis itu memberi alasan mahu meluangkan masa dengan Eshan dan ingin meminta tolong Eshan untuk ajarkan dia sesuatu. Padahal dia mahu menyoal Eshan tentang kemurungan yang Eshan rahsiakan itu.

"So? Apa yang kau nak tanya?" soal Eshan lalu mencicip kopi yang masih lagi panas itu perlahan-lahan.

"Saya datang hari ini bukan sebab nak minta awak ajar saya," jelas Elvina. Kening kanan Eshan terjungkit.

"Maafkan saya Eshan tapi saya nak tanya awak sama ada ibu dan ayah tahu atau tidak yang awak depress?" soal Elvina dengan penuh prihatin. Eshan tergamam lama sebelum lelaki itu ketawa sinis.

Rasa lawak pula bila dia akhirnya perlu bercakap juga tentang penyakit yang dia pendam seorang diri selama ini.

"How?" soal Eshan dengan mata helangnya.

"Saya nampak ubat awak." Pengakuan Elvina buat Eshan memaki diri sendiri. Eshan bawa bersabar sehingga terasa seperti ada sesuatu terkumpul di bahagian tengkuk. Rasa panas menyerbu muka.

Ya, Eshan benci apabila orang sibuk tentang hal peribadinya. Sedangkan ibu bapa dan sepupu rapatnya sendiri pun tidak tahu tentang hal ini, ini Elvina pula yang sibuk mengambil tahu tentang hidupnya. Eshan jadi tidak selesa mahu borak tentang hal ini dengan lebih mendalam.

"Kau memang busbody ya, Elvina Marissa?" Dalam banyak-banyak ayat, itu juga yang Eshan pilih untuk dilontarkan agar Elvina tidak menyoalnya dengan lebih lanjut. Elvina terkilan dengan kata-kata Eshan namun gadis itu masih bertahan.

Elvina masih ingat janji dia kepada ibu.

"Saya minta maaf, Shan. Saya cuma risaukan awak dan saya dah janji dengan ibu yang saya akan tengok-tengokkan awak sepanjang kita di Italy." Eshan mengeluh perlahan.

"You don't have to. Kau sepatutnya fokus pada diri kau sahaja, El." Elvina mengangguk lemah. Ya dia faham.

"Saya minta maaf. Saya ingatkan kalau saya yang tegur dahulu mungkin awak akan buka cerita... Dan saya pun ada baca yang, kita perlu selalu tanya khabar dan ambil berat tentang orang yang-" Elvina terdiam saat Eshan memotong terlebih dahulu.

"Kalau kau nak tunjuk bagus, kau boleh keluar sekarang Elvina." Eshan bangun lalu bergerak ke arah pintu rumah. Elvina mengeluh lalu dia mengikuti jejak langkah Eshan.

"Eshan, jangan macam ini." Elvina kecewa saat Eshan kelihatan sangat dingin dan tidak mahu didekati oleh Elvina langsung.

"I'm doing just fine, so what makes you think that I need your attention, El?" Tidak lantang ataupun tegas. Suara Eshan lemah-lembut sahaja, cuma riak wajah dan intonasi sedikit menzahirkan rasa kecewa dan tidak selesa.

"It is not about attention, it is about... Sharing!" Eshan tahan ketawa sinisnya. Elvina menggigit bibir bawah saat keadaan semakin kekok di antara mereka.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now