HER BROKEN FATE ✿ 55

224 15 19
                                    

BILIK yang sudah menjadi tempat wajib berkumpul ahli Saint Venom itu sepi tanpa sebarang suara

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

BILIK yang sudah menjadi tempat wajib berkumpul ahli Saint Venom itu sepi tanpa sebarang suara. Masing-masing masih menunduk menekur ke lantai, menunggu seseorang yang bakal merungkai segalanya pada hari ini.

Sebaik sahaja bunyi pin pintu dimasukkan, serentak itu semua yang berada di dalam berdiri tegak. Kepala terus ditolehkan ke arah pintu utama.

Emyr masuk ke dalam ruangan bilik dengan wajah serius. Dipandang seorang demi seorang yang sedang ketakutan di dalam bilik itu. Muncul rasa lucu dalam hati namun Emyr tetap bertegas.

Emyr duduk di salah satu tempat kosong, bersebelahan Karla dan Thaqif.

Hampir seminit berlalu namun mereka masih sepi, tiada langsung pertanyaan atau sambutan antara satu sama lain seperti biasa.

"Aku pergi tak lama pun aku rasa tapi kenapa sampai boleh jadi macam ini ya?" Yang lain masih mendiamkan diri. Tidak berani menjawab.

"I minta maaf Emyr, I tak alert dengan keadaan Ayla. I'm sorry." Karla memohon maaf sambil merenung tepat ke dalam mata gelap Emyr. Yang lain hanya memandang Karla yang kelihatan lesu itu. Wanita itu juga tidak seceria dahulu, kalau nak dibandingkan Karla yang dulu dengan sekarang memang sangat jauh bezanya.

Apa yang pasti, mereka benci melihat keadaan Karla seperti ini.

Emyr pandang yang lain.

"Aku yang salah, aku lebih pentingkan diri daripada Ayla, maafkan aku," kata Raid.

"Aku yang salah Emyr." Thaqif menambah.

Emyr mengeluh kesal. Dia datang ke sini hari ini bukan nak gaduh siapa paling bersalah sebenarnya. Tapi itulah, hati dia tetap geram dengan yang lain. Tak akanlah tak alert langsung?

Emyr pandang Eshan yang hanya termenung memandang tangan sendiri itu.

"Keterangan yang Fateh bagi memang betul... dia yang cuba aniaya Ayla dengan dadah tu dan memang betul ada nombor tak dikenali yang send location hotel dekat dia." Semua fokus memandang Emyr, termasuklah Eshan.

"Dan bila siasatan dijalankan, nombor tu Amanda yang beli. Silap perempuan tu sebab beli guna kad dan bukan cash. Amanda dah kena tangkap untuk siasatan dan dia sendiri mengaku dia diugut dan tekalah siapa..." Emyr melemparkan fail coklat yang dibawa bersama ke meja. Tidak perlu tengok bukti pun sudah tahu siapa dalangnya.

Karla mencengkam rambut sendiri dengan kuat sehingga pening di kepala digantikan dengan sakit kulit kepala pula.

"Aku tak mahu buang masa kita, jadi dengar baik-baik apa aku akan kata. Tambah-tambah lagi Eshan, mungkin kau nak dengar apa aku akan cerita ni." Emyr menjeling Eshan sekilas.

"Sejak kali pertama Ayla ikut Eshan ke Italy sehingga sekarang, aku dan Ayla ada banyak kumpul maklumat penting. Dan aku tak nafikan yang kadang-kala kami ceroboh hak asasi manusia hanya disebabkan nak selongkar tentang sisi gelap Warda."

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz