HER VENGEANCE ✿ 26

305 18 7
                                    

DULANG di tangan diletakkan di atas meja kerja Eshan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DULANG di tangan diletakkan di atas meja kerja Eshan. Emyr tarik gebar yang menutup seluruh tubuh Eshan itu lalu dicampak ke lantai bilik.

"Bangunlah Eshan woi, tak usah nak tunjuk murung." Emyr membuka langsir seluas alam sehingga silau mata Eshan yang sudah lama duduk di dalam kegelapan itu. Eshan mendengus kegeraman sebelum menolak kasar tubuh Emyr yang sedang mendekati itu.

Emyr rasa mahu tampar sahaja wajah kacak milik Eshan. Eshan nak sakit tak apa, ini menyusahkan dia dan Thaqif pula. Kesian Thaqif yang sedang sibuk menguruskan hal kerja dan segala masalah Eshan.

Kesian juga dia kerana perlu menjadi posmen tak berbayar kerana Eshan dan Elvina dua-dua ego tak bertempat.

Eshan bangun lalu merampas mangkuk yang berisikan sup ayam itu. Dihirup kuah tersebut dengan rakus lalu sengenggam nasi disuap ke dalam mulut.

"Puas?" tanya Eshan.

Emyr membuat riak jijik kerana sahabatnya itu tidak ubah seperti orang hilang pedoman. Sudahlah dia yang perlu bersihkan tumpahan sup dan nasi itu nanti! Ey! Boleh tak kalau dia pukul Eshan sampai koma?

Sesaat kemudian tubuh Eshan hilang dari pandangan mata kerana telah melangkah masuk ke dalam bilik air.

Emyr menggelengkan kepala.

Ya, Emyr faham Eshan terluka hebat dengan perbuatan Elvina. Lelaki itu juga menunggu Elvina datang memujuknya namun bayang Elvina pun sehingga sekarang tidak muncul.

Yang Elvina pula tidak berani mahu bersemuka dengan Eshan kerana terlalu takut dia akan sekali lagi mengecewakan Eshan. Oleh itu, apa-apa sahaja dia akan sampaikan kepada Emyr.

Emyr pula sudah letih melayan kedua pasangan itu.

Rasa nak resign!

Cakap besar sahaja kerana dia sendiri tidak mampu meninggalkan Eshan dan Elvina.

Nak buat macam hati dah jatuh sayang dan selesa. Emyr sudah lama berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan setia berkhidmat untuk keluarga Eshan buat selama-lamanya.

Selesai mengemas katil Eshan dan menyediakan pakaian lelaki itu, Emyr membuka langkah untuk keluar dari bilik majikannya. Dulang tadi diletakkan ke dalam singki lalu Emyr mulakan kerjanya sebagai suri rumah Eshan.

Sedar-sedar sahaja lagi, mereka berdua sudah berada di dalam kereta, menuju ke studio Eshan. Emyr sedang memandu dan Eshan yang masih dalam dunia sendiri. Merenung ke luar jendela dengan mata yang bengkak.

Nampak aje sado tapi awek baru tak nak jumpa dah on the way nak jadi Kassim Selamat. Emyr ketawa kecil. Comel betul Eshan ini rupanya.

"Weh." Hanya mata sahaja yang Eshan gerakkan. Emyr pandang cermin belakang, pantulan Eshan membuatkan Emyr kembali berbicara.

"El sayang kau Eshan." Terus tertutup rapat kelopak mata Eshan. Emyr menggeleng kepala. Lelaki kalau merajuk kalah perempuan. Mengada-ngada dia mengalahkan ibu mengandung.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now