Bab 68

5K 273 18
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

TENGKU Harriz yang sedang berlawan dengan anak buah Syafiq di dalam rumah mengaduh sakit apabila pihak lawan menumbuk tepat di luka tikaman perutnya.

Melihat Tengku Harriz yang sedikit leka, salah seorang anak buah Syafiq mengambil kesempatan melakukan serangan pada Tengku Harriz. 

Kayu golf yang berdekatan diambil laju sebelum diangkat tinggi untuk memukul kepala Tengku Harriz namun walaupun dalam keadaan dia yang sedikit leka itu, Tengku Harriz berjaya menepis pukulan kayu golf dari pihak lawan. Badannya terdorong sedikit ke belakang. Rasa sakit mencucuk di perut yang dibaluti dengan kain dipegang.

Kain yang berwarna cerah tadi kini bertukar merah dengan darahnya. 

"Riz, kau okay?" laung Tengku Harraz dari jauh. Walaupun dia sedang berlawan tetapi Tengku Harraz sering kali menoleh memandang Tengku Harriz, ingin memastikan kembarnya itu baik-baik sahaja. Dia ingin mendekati Tengku Harriz namun anak buah Syafiq semakin ramai biarpun sudah berpuluh-puluh orang yang sudah ditumpaskan oleh mereka.

"Aku okay. Jangan risau"

"Pa, bawa mama keluar dari sini. Raz dengan Riz akan cover korang" arah Tengku Harraz. Dia begitu risau dengan keselamatan orang tuanya apatah lagi kelihatan keadaan Tengku Harriz semakin merosot setelah berlawan dengan berpuluh-puluh pihak lawan.

Tengku Hadif mengangguk kepala. Nafas turun naik keletihan akibat berlawan. Sudah lama dia tidak berlawan dan umurnya yang meningkat membuatkan dia tidak sepantas yang dulu. Tangan mula menarik Tengku Farihah yang statik berdiri memandang sekeliling. Langkah mereka dituju ke pintu utama. Beberapa pihak lawan ingin menghalang mereka namun dihalang oleh Tengku Harriz dan Tengku Harraz.

"Honey, tunggu abang. Abang akan datang. Abang janji!" dirinya yang letih berlawan tidak diendahkan. Fikirannya dari tadi memikirkan tentang Farhana Sofea. Bagaimana keadaan isterinya sekarang?

"You tunggu apa lagi Farihah? Jom lah!" tangan menarik kasar lengan Tengku Farihah yang tidak mahu bergerak keluar dari rumah mereka.

"Raz?" pandangannya tertumpu pada Tengku Harraz yang sedang berlawan.

Kepala menoleh pula pada Tengku Harriz. Keadaan anaknya yang itu kelihatan tidak baik. Baju sudah lencun dengan darah akibat tikamannya tadi. Mulut seperti ingin berkata sesuatu namun suara tidak pula keluar. Hanya anak mata yang bergetar hebat melihat pada Tengku Harriz.

Seketika anak matanya bersabung dengan anak mata Tengku Harriz. Anaknya itu tersenyum kecil padanya seolah-olah dia tidak pernah melakukan kekejaman pada anaknya itu.

"Riz sayang mama" pergerakan mulut Tengku Harriz tanpa suara itu dibaca olehnya membuatkan air matanya laju mengalir deras. Dada terasa begitu sesak. Apa yang dia dah buat?

"Jom! Kita kena pergi!" lengan Tengku Farihah ditarik kasar.

"Tapi Riz....Riz...." tangisannya terhambur kuat.

Lama Tengku Hadif memandang pada isterinya yang sedang menangis itu sebelum bibir mengukirkan senyuman yang kecil. Bahu isterinya dipaut ke dalam pelukannya. Ciuman dilabuhkan lama di dahi isterinya sehingga air matanya mula menitik.

"For now you kena pergi minta pertolongan"

"Yo...you macam mana?" kepala terangkat memandang suaminya.

"I akan selamatkan anak-anak kita. I janji" ibu jari menyeka air mata Tengku Farihah. Rasa sayang dan cinta masih ada untuk isterinya namun dia cuma terlalu kecewa dengan sikap isterinya.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now