Bab 8

5K 236 5
                                    

TEPAT pukul 8 malam, Farhana Sofea tiba di kampungnya Sekinchan, Selangor setelah hampir 2 jam perjalanannya dari Kuala Lumpur. Agak lama sedikit masa diambil kerana dia banyak berhenti untuk menunaikan solat. Lagipun dia terus bertolak dari tempat kerjanya.

Kereta honda barunya itu dimatikan enjin. Belum sempat dia keluar dari kereta, uminya sudah terpacak di depan rumah kayu itu dengan senyuman lebar bagaikan sememangnya menunggu dia sampai.

"Umi!"

Farhana Sofea berlari teruja ke arah Puan Farah yang sudah mendepakan tangannya. Biasalah kalau anak ibu tak buat drama memang tak sah. Dah macam tak jumpa setahun walaupun sebenarnya setiap minggu dia akan balik jika tidak terlalu busy dengan projeck baru

"Rindunya anak umi ni."

"Hana pun rindu umi juga"

Mata dipejam merasai dakapan uminya yang hangat. Terlentok elok kepalanya di bahu Puan Farah. Rindu betul!

"Ni ke kereta baru Hana? Cantiknya...."

Puan Farah menghampiri kereta Honda Civic yang berwarna dark grey itu dengan senyuman bangga. Sudah lama anaknya itu mengindamkan untuk ada kereta sendiri. Akhirnya termakbul juga hasrat satu-satu anaknya itu.

"Haah. Cantik kan umi?"

Farhana Sofea memeluk Puan Farah dari belakang. Dagu ditongkatkan di bahu uminya itu. Dipandang uminya dari tepi.

"Cantik sangat. Alhamdulillah anak umi dah ada kereta sendiri"

Farhana Sofea tersenyum.

"Esok, Hana bawa ummi pergi jalan-jalan okay naik kereta baru Hana. Kita jalan-jalan satu Sekinchan ni!""

"Hmm okay. Dah jom masuk. Umi dah masak makanan kegemaran Hana"

"Rendang ayam?"

Puan Farah mengangguk kepalanya. Faham benar akan anaknya itu yang hantu rendang ayam tak kira masa.

"Yeayy. Sayang umi banyak-banyak".




"UMI, umi okay tak ni?"

Risau Farhana Sofea melihat uminya yang tampak lesu semacam dan tidak bermaya itu. Dia duduk di antara dua sujud di depan umminya yang duduk di atas kerusi kayu yang panjang. Kepala mendongak memandang uminya dengan wajah yang risau. Hati rasa tak tenang.

Tangan memegang kedua-dua tangan uminya.

"Umi okay je. Biasalah orang tua. Cepat penat." Jawapan dari Puan Farah tidak dapat menenangkan hati Farhana Sofea yang bergelora.

"Umi jom Hana bawa umi jumpa Dr. Azam. Hana risau lah"

"Treatment leukemia umi kan dah habis dah 2 tahun yang lepas. Buat apa nak jumpa Dr. Azam lagi?"

Farhana Sofea mengetap bibirnya. Uminya itu memang keras kepala kalau nak dibawa jumpa dengan doktor. Macam dua tahun lepas, bila keadaan uminya dah teruk, baru nak setuju fikir pergi ke hospital dan setelah itu uminya didiagnos dengan penyakit Acute Myeloid Leukemia (AML).

AML adalah sejenis kanser darah yang terjadi kerana produksi berlebihan dari jenis sel darah putih imatur tertentu yang juga dikenali sebagai myeloblas yang berlaku di sumsun tulang. Myeloblas yang berlebihan menyebabkan kepadatan di sumsum tulang.

Farhana Sofea mengeluh kecil.

"Hana, tak kira. Umi kena ikut Hana balik KL jumpa Dr. Azam" ujar Farhana Sofea berkeras. Dia tidak mahu lagi mengambil remeh penyakit uminya macam dulu. Kalau dulu dia mendengar sahaja kata-kata uminya yang tidak mahu ke hospital tapi sekarang dia akan berkeras.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ