Bab 13

4.6K 238 12
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan.

**********

HARI minggu yang cukup membosankan hari ini apabila dia membuat keputusan untuk tidak keluar. Kawan serumahnya, Aufa pula sedang on duty jadi tinggalnya seorang diri di rumah sewa.

Keluhan kecil dilepaskan.

Kalau dulu mereka berempat, tapi sekarang mereka berdua. Terasa rindu yang membuak-buak pada hidup mereka yang dulu. Rumah sewa yang selalu diisi dengan ketawa. Sorang daripada mereka dah berkahwin, Airisya. Kalau tak Airisyalah yang selalu temannya di rumah dan teman dia shopping. 

Kawan baiknya itu sedang honeymoon bersama suami yang tercinta di Korea. Kampung halaman si sang suami. Dia mengeluh kecil. BIla agaknya jodoh dia nak datang pada dia ni? Dia pun nak juga honeymoon ke luar negara. Layan dia dan yang paling penting tak adalah rasa bosan kalau hari minggu.

Krukk

Bunyi perutnya yang lapar itu yang meminta untuk diisi mematikan angan-angannya. Perutnya diusap. 

Dia mula membuka app grab. Scroll mencari makanan yang ingin dimakan. Bukan taknak masak tapi tak pandai masak nak buat macam mana. Pernah sekali cuba belajar memasak, last-last dia hampir membuatkan dapur rumah sewa terbakar. Fuhh trauma! Taknak masuk dapur dah!

Diorder Spaghetti Carbonara dari Lestaria Cafe. Sudah lama tak pergi cafe itu. Tekaknya pun elok sangat mengidam nak makan spaghetti dari cafe tersebut.

Setelah siap order, dia membuka Instagram. Melihat story followingnya. Sudah lama dia tidak upload gambar mahupun membuat story. Busy dengan kerja kebelakangan ini. Dirinya bangkit daripada katil lalu mencapai shawlnya. Tiba-tiba mahu membuat live.

Start live ditekan.

Dia diam dahulu menunggu followers masuk. Ada yang menyapanya lalu dia membalas. Ketawa kecil dia membaca komen-komen dari pengikutnya.

Sarahana_ Sis! Nape makin cantik ni.

FthahHlm_ Aaa rindunya nak tengok sis live!

Wanie_njhah Kak Hana, haritu nampak Kak Hana keluar dgn lelaki kat Mid Valley. Boyfriend ehh?

Nurdalily Saya pun nampak! Rasa macam laki tu abang Harriz.

Farhana Sofea menelan air liur perit. Riak wajahnya cuba dikawal. Aduh! Kenapala orang nampak dia keluar dengan Tengku Harriz? Dia buat live sebab bosan bukan nak dengar gossipnya bersama Tengku Harriz.

"Ehh tu sepupu I. Syafiq tu. Korang kenal kan? "

Dia cuba berdalih. Jantungnya dah berdebar lain macam. Risau juga kena attack dengan fans Tengku Harriz nanti. Sudahlah Tengku Harriz ramai peminat. Takut pula dia.Itulah yang paling ditakutinya.

Nurdalily Tapi laki tu tinggi. Abang Syafiq pendek

Kalau tak disebabkan hatinya tak tenang, dia sudah ketawa dah apabila Syafiq diejek pendek. Tapi hatinya bergelora hebat sekarang ni. Tak rasa mahu ketawa sekarang.

"Sebab time tu I pakai heels tinggi. So Syafiq nampak pendek" ujarnya. Berbohong lagi

Nurdalily hmm boleh jadi. Lagipun saya nampak laki tu pakai cap. So tak nampak sangat muka. Nampak dari tepi gitu-gitu je.

Wanie_njhah haah dia pakai cap. Nampak macho sangat! Betul ke abang Syafiq?

Hairamasyitah Tapi kalau Hana dengan Harriz pun tak apa. I sokong!

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now