Bab 51

4.1K 204 10
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

MENGEREKOT kesakitan dia memegang perutnya yang disepak oleh ayahnya berkali-kali. Air mata yang mengalir laju langsung tidak dapat melembutkan hati seorang ayah bahkan semakin teruk dia disepak, dijijak dan ditarik rambut oleh ayahnya.

"Sa....sakit ayah" tangan memegang cengkaman tangan ayahnya pada rambutnya.

"Sakit? Ouhh sakit..."

"Habis muka malu aku ni macam mana? Hah macam mana?!" tempik Dato' Khalish kuat. Bengang hatinya dia melihat gadis itu merungut sakit padahal sudah memalukan dia! Muka dia ni mahu letak di mana? Orang sudah mengata bukan-bukan tentangnya!

"Fea tak buat ayah....sumpah Fea tak buat!" dia masih ingin membela dirinya kerana sangkaan ayahnya itu padanya adalah jauh sama sekali salah!

"Tak buat? Ehh kau jangan nak perbodohkan aku lah!" ditunjal-tunjal kepala Sofea sehingga muka gadis itu menekur lantai.

"Kau dah lah pergi hutan dengan jantan! Lepastu kau pakai seksi-seksi pula tu berpeluk dengan jantan! Ehh kau memang sengajakan nak malukan aku? Kau sengaja sebar gambar seksi kau ni pada satu dunia kan? Kau sengaja nak bagitahu satu dunia yang aku ni ayah yang gagal kan?"

Kepalanya digeleng menidakkan perkara itu.

"Fea pun taknak benda tu tersebar ayah!"

Siapa sangka walaupun dia berjaya diselamatkan oleh lelaki durjana yang bernama Akhtar itu, namun penderitaanya semakin teruk! Lelaki itu sudah menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak elok pada satu dunia. Tidak cukup dia dihina di sekolah sehingga dibuang dari sekolah kini ayahnya pula memukul dia!

"Ouh jadi kau mengakulah kau buat?"

"T...tak ayah. Gambar tu tak seperti yang ayah fikir. Fea diculik! Fea hampir dijual! Itu bukan kerelaan Fea, ayah!" air menitis dengan laju. Tolonglah percayakan dia! Siapa lagi yang mahu percayakan dia selain dari keluarga sendiri?

Pang

Tidak semena-mena pipinya ditampar kuat. Terteleng kepalanya ke kiri dengan pipi yang begitu sakit.

"Kau makin lama makin kurang ajar kan! Ini cara umi kau ajar?" tali pinggang di seluarnya dicabut. 

"Abang stop! Ini anak kita kenapa nak pukul dia?" laju Puan Farah mendapatkan Sofea. Dengar sahaja berita daripda anak tirinya, Dylan Shah yang suaminya sedang memukul anak perempuanya itu segera dia pulang ke rumah.

"Umi...." menangis teresak-esak Sofea dalam pelukan uminya.

"Kau jangan nak masuk campur urusan aku, Farah! Biar aku ajar budak ni!" dia menarik isterinya, ingin memisahkan mereka berdua. Tidak cukup dengan itu dia turut menyepak isterinya.

"U...Umi!"

Datin Dayah yang berdiri di muka pintu bilik Sofea hanya tersenyum puas memandang dua anak beranak itu. Puas betul hatinya!

"Ayah....janganlah pukul umi"

Kepalanya digeleng-gelengkan. Tangan memeluk kaki ayahnya menahan ayahnya daripada terus menyepak uminya. Tidak sanggup dia melihat uminya yang disepak kerana ingin melindunginya. 

"Kau ke tepi" 

Badannya disepak kuat sehingga melantun mengena almari. Berpinar-pinar rasa kepalanya yang terhantuk. Kabur pandangan dia melihat ayahnya yang sedang mencengkam tudung uminya, menarik uminya keluar dari biliknya.

Bumm

Pintu terhempas kuat bahkan dikunci, meninggalkan dia dan ayahnya sahaja di dalam bilik itu. Takut-takut dia memandang ayahnya yang sedang memegang tali pinggang menghampirinya.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now