Bab 54

4.1K 227 21
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

MELIHAT Tengku Harriz yang termenung jauh melemparkan pandanganya pada laut yang luas terbentang segera dia hampiri. Tangan merangkul leher lekaki itu membuatkan Tengku Harriz berpaling memandangnya.

"Langit tak selalunya cerah, kehidupan tak selalunya indah. Suka, duka, pahit manis tu semua ada dalam kehidupan seharian kita. Jika kita percaya ada pelangi selepas hujan, seharusnya kita juga percaya akan ada kebahagian selepas derita"

Lama Tengku Harriz memandang Tengku Daim sebelum dia mengalihkan semula pada laut yang terbentang luas. Tahu apa yang ingin disampaikan oleh Tengku Daim. 

"Jauh mana aku perlu tunggu untuk kebahagian aku, Im? Selama 29 tahun aku hidup, kebahagian itu tiada pun dalam kamus hidup aku. Yang ada cumalah penderitaan"

Bukan dia tidak mahu percaya akan ada pelangi selepas hujan, akan ada bahagia lepas derita namun kebahagian itu semakin lama semakin menjauhinya sehingga dia lelah untuk mengejarnya. Sehingga kakinya tidak mampu lagi untuk melangkah bahkan lari untuk mengejar kebahagian.

"Takdir tak pernah salah, Riz. Hakikatnya semua takdir yang berlaku dalam hidup kita walaupun baik atau sebaliknya, sebenarnya adalah untuk kita bahagia dan makin dekat dengan Pencipta kita. Kau sabar sikit je lagi nescaya kebahagian itu akan datang juga pada kau"

"Allah dah janji pada kita dalam al-Quran surah Al-Imran ayat 200, wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga serta bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" sambung Tengku Daim lagi apabila Tengku Harriz hanya diam tidak membalas. Bahu lelaki itu ditepuk bersama senyuman yang lebar. 

"Aku ni.... banyak dosa, Im. Perintah Allah pun aku tak tunaikan. Agaknya sebab ini lah kan aku diberi ujian macam ni? Sebab aku semakin jauh dariNya. Entah-entah Allah pun dah benci kat aku" kepalanya ditunduk. Mungkin disebabkan dia yang semakin jauh dari Pencipta, dia diberikan ujian yang tidak henti supata dia kembali semula kepada Penciptanya.

"Kadang Allah bagi kita ujian ni sebab kita terlalu leka dengan dunia, sebab kita semakin jauh dariNya tapi tak bermakna Allah benci kita. Tak, Riz. Allah bagi kita ujian sebab dia rindu kita, dia nak kita sentiasa ingat padaNya. Jadi, baliklah Riz pada Dia. Allah rindu kau"

Tersentap hati Tengku Harriz dengan apa yang diutarakan oleh tengku Daim sehingga air matanya mula menitis laju. Teruknya dia, leka dengan dunia sehingga sentiasa lupa siapa yang menciptanya.

"Tapi aku banyak dosa Im. Aku banyak kali suicide. Nak ke Allah terima aku lagi?"

"Riz...pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambanya. Allah tak kejam, Riz. Surah Az-Zumar ayat 53, katakanlah wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Makin mengalir air mata Tengku Harriz mendengar ayat-ayat indah yang dipetik dari al-Quran oleh Tengku Daim. Apa lagi yang dia mahu menidakkan sedangkan di dalam al-Quran sudah jelaskan lagi nyata tentang kehidupan? Ya, Allah begitu lalainya dia.

"Nak dengar satu hadis tentang bunuh diri tak?"

Kepalanya perlahan-lahan diangguk.

"Dari Anas bin Malik r.a. , dia berkata, Rasulullah saw. bersabda, janganlah ada orang yang menginginkan mati kerana kesusahan yang dideritanya. Apabila harus melakukannya hendaklah dia cukup berkata, ' Ya Allah tetap hidupkanlah aku selama kehidupan itu baik bagiku dan wafatkanlah aku jika kematian baik untukku' hadis riwayat Bukhari"

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now