Bab 39

4K 179 18
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

"TAKNAK balik!"

Kaki kerusi yang diduduki polis tadi dipeluk erat. Sudahlah lelaki itu mahu menghantar dia ke hospital gila! Memang tidaklah dia mahu balik bersama dengan lelaki itu!

"Han......"

Bunyi ringtone mematikan kata-katanya. Nama Black yang tertera membuatkan dia tersenyum. Diangkat panggilan itu.

"Dah sampai ke?"

"Haah. Nak aku bawa masuk dalam ke?

"Yup"

"Sejak bila kau pandai rasuah polis dengan air ni?" Black menggaru kepalanya memandang balai polis dari dalam kereta.

"Bukan lah. Isteri aku yang nak"

"Aikk isteri kau masuk lokap ke?"

"Kau jangan banyak tanya boleh tak?! Bawa masuk je lah!" bengang dia dengan Black yang banyak tanya. Sudahlah dia tengah bengang dengan sikap Farhana Sofea!

Black memandang Iphonenya.

"Period ke jantan ni?" Kepalanya lagi sekali digaru. Nasib baik member dan boss dia! Kalau tak dah kena pancung dengan dia!

Kotak ais yang berwarna putih yang dipakai seatbelt dibuka. Penuh dengan Mixberries Frappe. Nasib tidak tumpah!

Jari menyentuh dagu. Berkira-kira mahu membawa masuk ke dalam.

"1?"

" Kan kena marah pula bawa masuk sikit." gumamnya perlahan.

"Ke 10?"

"Tapi kan kena marah pula bawa masuk banyak sangat"

Dia mengeluh kecil. Patut dia tanya tadi bawa masuk berapa.

"Hmm nak bawa masuk berap....."

Cermin yang diketuk mengalihkan perhatian. Gulp!

"Yang kau tercegat dalam ni lagi pahal?" dia hanya tersengih pada Tengku Harriz yang mencerlungnya tajam.

"Aku tengah fikir nak bawa masuk berapa"

"Bak sini 2"

Terus dia menghulurkan dua Mixberries Frappe pada Tengku Harriz.

"Yang lebih masukkan dalam kereta aku. Kau boleh balik"

Kepalanya diangguk.

"Huh mamat ni berterima kasih pun tidak. Karang aku tembak matilah  kau kat sini"

Tengku Harriz kembali berpaling memandangnya dengan renungan tajam. Gulp!

"Kau cakap apa?"

"Takde apa. Aku cakap kat si Razul ni hah" tunjuk dia pada Iphonenya yang gelap. Tangan terketar-ketar apabila Tengku Harriz masih memandangnya tajam.

"Ambik 2 kat kau" badan dipusingkan balik.

"Thanks beruk!"

"Ehh thanks bro!" cepat-cepat dia cover apabila lelaki itu kembali merenungnya. Air liur ditelan kelat tatkala lelaki itu mengangkat jari tengah padanya.

"Ish mulut ni kurang ajar betul" ditampar mulutnya itu berkali-kali.

Tengku Harriz yang menyorokkan Mixberries Frappe di belakangnya menghampiri Farhana Sofea yang sedang duduk di atas lantai memeluk kerusi sehingga polis tergeleng-geleng memandang mereka berdua.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now