Bab 29

3.9K 202 13
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

"YOU seronok yee menyembang dengan jantan tu sedangkan I bertumbuk kat luar?"

Tersengih Farhana Sofea menayangkan gigi putihnya memandang muka Tengku Harriz yang lebam sedikit dan hujung mulutnya kelihatan pecah. Bila lelaki itu datang ke sini?

Langkah diatur menghampiri mereka. Mata mengecil memandang Haru.

"Celah mana handsome? Celah mananya macam I?" soal Tengku Harriz berbaur jealous.

Kelat air liur ditelan. Tengku Harriz dengar ke apa yang dibicaranya bersama Haru tadi?

Melihat Haru memandangnya tajam membuatkan dia gelisah.

"Act tu suami I and he's freaking jealous kalau I puji laki lain." bisiknya pada Haru. Kan cakap kuat-kuat kan mana tak harunya nanti kalau Tengku Harriz dengar.

Terangguk-angguk kepala Haru.

"Apa yang korang bisik-bisik?"

Haru menoleh memandang Farhana Sofea. Badanya ditundukkan sedikit. Mulutnya didekatkan dengan telinga Farhana Sofea.

"Nampak sangat jealous tu. Aku sebagai lelaki faham"

"Kan? Tapi tulah taknak mengaku. Haru nanti kalau jealous bagitahu je kat perempuan yang Haru sayang"

"Ouhh kena bagitahu ehh?"

"Yup, kalau Haru tak bagitahu macam mana dia nak tahu? Lepastu kalau Haru bagitahu nanti makin sayanglah dia kat Haru"

"Ouhh fahammm"

Kecik besar kecik besar dia memandang mereka berdua yang sedang berbisik satu sama lain. Gadis itu tahu tak mana satu suami mana satu musuh? Takkanlah boleh tertukar kut suami sendiri? Kemain yee menyembang lupa kat dia?

"Macam nak meletup je tu"

Pandangan dikalih memandang Tengku Harriz. Air liur ditelan kelat.

"Err Haru I blah dulu ye? Meletup kejap lagi bangunan ni kalau biar lama-lama"

Haru pantas mengangguk kepala. Dia pun gerum melihat renungan tajam lelaki itu padanya yang bagaikan mahu makan dia hidup-hidup.

"Goodluck, Haru!"

Dahi semakin berkerut. Jam di tangan di pandang sekilas. Dari tadi anak buahnya masuk ke dalam namun masih tiada berita. Takkanlah dengan perempuan boleh kalah kut?

Cermin tingkap kereta diturunkan.

Dikerah 3 orang anak buahnya yang berdiri mengelilingi kereta untuk masuk ke dalam. Hairan dia apa jadi kat dalam bangunan tersebut. Lama betul. Takkan duk menyembang kut?

Mendengar orang masuk ke dalam bangunan, Tengku Harriz segera menarik Farhana Sofea menyorok di belakang pintu. Tangan menekup mulut gadis itu. Badan mereka semakin dirapatkan.

Dup dap dup dap

Degupan jantungnya kian rancak. Tidak tahu sama ada disebabkan musuh atau disebabkan Tengku Harriz yang berada dekat dengannya. Anak matanya memandang lelaki itu yang tampak tenang sahaja riak wajahnya.

"Dengan I nak keluar suara pun payah, dengan Haru kemain yee menyembang?" sempat lagi lelaki itu mahu bergaduh dengannya pada waktu genting begini.

Kemain dia risau akan gadis itu yang diam sejak semalam. Hanya geleng dan angguk. Banyak termenung dan mengigau semalam. Tapi tadi rancak pula bersembang dengan musuh sendiri! Macam takde apa-apa yang sedang berlaku.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now