Bab 28

3.9K 173 10
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

"UMI, jujur dengan Hana please"

Kepala ditundukkan. Jari bermain dengan hujung baju. Kalau boleh dia tidak mahu utarakan hal ini pada uminya lagi-lagi uminya belum sembuh sepenuhnya. Namun, kejadian semalam asyik membelenggu fikirannya. Asyik menghantuinya. Jadi, dia ke sini untu mencari jawapan daripada uminya.

"Apa jadi masa Hana berusia 7 tahun dan sebelumnya? Apa jadi 20 tahun yang lepas?" serak suaranya menanya. Dalam rasa ingin tahu, dia juga rasa takut. Takut untuk menerima hakikat yang sebenar. Takut kalau kebenaran yang akan diketahuinya akan membunuh semua semangatnya.

"Hana.......Hana tak bunuh orang kan?" 

Puan Farah yang sedari tadi menundukkan kepalanya mendongak memandang Farhana Sofea.

Melihat pandangan uminya membuatkan dia semakin berdebar. Rupa seorang lelaki bercap hitam dan budak perempuan yang merupakan dirinya sewaktu kecil yang dipenuhi dengan darah sekali lagi terbayang. Tegak bulu romanya berdiri mengingatkan hal itu.

"Tak sayang......Hana tak bunuh sapa-sapa" pujuk Puan Farah apabila melihat badan anaknya menggigil kecil.

Lega. 

Itu yang dirasakan sekarang. Dia fikir dia sudah membunuh lelaki yang bercap hitam sehingga lelaki itu datang menghantuinya. Namun kenapa lelaki bercap hitam dan dirinya ketika kanak-kanak dipenuhi dengan darah? Masih dia ingat bagaimana budak perempuan itu cuba mencapai tangannya dan memandangnya dengan penuh harapan. Seakan-akan meminta tolong dengannya. Seakan-akan mahu dia menarik mereka berdua keluar dari situ.

"Habistu apa jadi umi? Kenapa.....kenapa mereka datang menghantui Hana?" tidak mahu menangis di depan uminya namun dia tewas. Tewas selepas kejadian petang semalam menghantuinya. Bagaikan perkara itu pernah terjadi dalam kehidupannya. Bagaikan ianya adalah secebis memorinya yang telah dilupakan.

"Hana takut umi......Hana takut...."

Esakannya semakin kuat.

Semalam pun dia mengigau di tengah-tengah malam namun nasib baik ada Tengku Harriz yang memujuknya dan menemaninya.

"Umi.......Umi......"

Puan Farah turut menangis melihat anaknya yang selalu kuat kini sedang lemah di depannya gara-gara kejadian 20 tahun yang lepas yang mula menghantui anaknya itu.

"Umi minta maaf......" ditarik Farhana Sofea ke dalam pelukannya.

Namun untuk ceritakan apa yang terjadi, dia merasa sungguh berat. Berat hatinya untuk mengungkit cerita lama yang dah lama terkubur. Cerita yang penuh dengan duri. Cerita yang penuh dengan luka. Cukuplah 20 tahun lepas anaknya itu merana! Dan cukuplah anaknya itu juga  merana 12 tahun lepas! Cukup!

Dia tidak mahu melihat Farhana Sofea terluka lagi dan lagi!

"Ayah.....ayah....Hana juga nampak ayah."

Dumm

Bagaikan dunianya sekali lagi hancur!

Puan Farah bagaikan terkejut dengan kenyataan anaknya itu. Walapun sebenarnya dia lebih tahu dari segalanya. Lebih tahu apa yang jadi. Tapi bila anaknya itu mula sebut tentang suaminya itu membuatkan dia semakin takut. Tubuh mula menggigil. Sejauh mana anaknya itu telah mendapat memori kanak-kanaknya kembali? Sejauh mana?

"Hana.....apa yang Hana tahu lagi?"

Pelukan dileraikan. Badan mereka dijarakkan. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Hanya secebis itu. Hanya hela tawa ayahnya. 

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin