Bab 46

4.1K 201 21
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

MELIHAT uminya yang berdiri di sinki, kakinya segera melangkah ke situ. Dipeluk erat uminya dari belakang. Dagu dilabuhkan di atas bahu uminya.

"Kamu ni Hana....suka betul buat umi terkejut" diusap dadanya. Nasib dia tidak lempar pinggan yang sedang dicuci itu pada Farhana Sofea.

"Umi tu yang termenung kuat sangat sampai tak sedar Hana datang dekat" muncung Farhana sofea. Dia pula yang disalahkan!

"Riz mana?"

Farhana Sofea menyengetkan kepalanya memandang uminya dari tepi.

"Menantu kesayangan umi tu jogging lah petang-petang. Dia tu tak lari dari healthy life dia" 

Dah masak dah dia dengan perangai Tengku Harriz. Setiap hujung minggu, lelaki itu mesti akan jogging. Sama ada pagi atau petang. Bukan setakat jogging, makanan pun semua sihat-sihat. Dengan jus buahnya dalam peti. Dalam peti mereka tu tak sah kalau tak ada buah dan sayur.

"Baguslah. Daripada kamu tu tidur terbongkang sampai tengah hari"

"Nama pun weekend umi. Mestilah Hana nak bangun lewat" muncung dia apabila umi menyebelahi Tengku Harriz.

"Kamu tu bukan anak dara lagi nak bangun sampai tengah hari. Dah berbulan kahwin. Ni selalu masak tak untuk Harriz?" 

"Hana tak pandailah masak umi. Bukan taknak belajar, umi pun tahukan dapur rumah sewa lama Hana hampir nak meletup. Trauma Hana"

Puan Farah ketawa kecil. Kejadian itu tidak pernah lupa diingatannya. Anaknya itu buat video call dengannya nak belajar masak tapi last last hampir rentung dapur dibuatnya.

"Lagipun Harriz tak pernah merungut Hana tak masak"

Bila diingatkan balik sepanjang dia berkahwin memang Tengku Harriz tidak pernah pertikaikan kepandaian memasaknya. Suruh dia masak pun jauh sama sekali.

"Nasib Riz tu pandai masak. Tidak kebulur lah perut dia, isteri tak pandai masak"

"Umi ni....fikir perut menantu umi je ke? Perut Hana ni tak fikir pula? Merajuk lah macam ni" dia berlalu ke meja makan. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ.

Puan Farah menggelengkan kepalanya melihat muncung anaknya itu. Punggung turut dilabuhkan di atas kerusi.

"Ni, korang balik terus ke malam ni? Tak penat ke? Baru sampai pagi buta tadi"

"Hari ni hari Ahad umi. Esok kitorang kerja. Jadi terpaksalah balik malam ni" ikutkan hati mahu sahaja stay di kampung seminggu dua tapi itulah mereka berdua kerja.

"Umi, Hana sebenarnya nak bagitahu sesuatu kat umi" Baru teringat akan hal yang ingin diberitahu pada uminya. 

"Apa dia?"

Nafas dalam diambil Farhana Sofea.

"Erm Hana....Hana sebenarnya dah ingat apa yang terjadi 20 tahun yang lalu. Tak semua. Mungkin dalam 70 percent macam tu?"

Tergamam Puan Farah sehinggakan lidahnya kelu untuk berkata. Tangan Farhana Sofea yang berada di atas meja, digenggam olehnya.

"Ha...Hana ingat?" 

Perlahan-lahan kepalanya diangguk. Awalnya dia tidak ingin memberitahu pada uminya namun memandangkan uminya ada kaitan dengan Inspektor Aziem Fayyad, jadi dia ingin memberitahu uminya.

"Hana datang sini pagi-pagi buta sebab Hana mimpi ngeri pasal kejadian tu"

Kelat Puan Farah menelan air liur. Farhana Sofea ditarik ke dalam pelukan. Tidak boleh dibayangkan perasaan anaknya itu ketika memori 20 tahun lalu yang hilang disebabkan Post-traumatic Stress Disorder (PTSD) kini kembali semula. Teringat pagi tadi yang anaknya itu menangis teresak-esak, dia tahu sukar untuk anaknya itu terima. 

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now