Bab 33

4.1K 185 16
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

"YOU poison me"

Mata dikerdipkan berkali-kali memandang Tengku Harriz yang berdiri di depannya dengan kepala yang mendongak. Senyuman sinis yang terukir di bibir lelaki itu menyentakkan dia ke alam yang sebenar.

Tangan menolak Tengku Harriz ke belakang. Dia segera berdiri dengan muka yang membahang. Apatah lagi dia baru sedar akan mata-mata yang memandang.

"Pa...panas. I nak duduk dalam" langkah diorakkan menuju ke office kecil Tengku Harriz.

Kening terjongket memandang Farhana Sofea yang hilang di sebalik office kecilnya. Tadi kemain cium dia dengan selamba tapi bila dia balas balik hilang terus gadis itu dari pandangan. Digeleng-gelengkan kepalanya. Badan dipusingkan mahu menyambung masak spaghetti carbonara.

"What are you looking at?" soalnya apabila sedar akan mata staf yang memandangnya tidak berkelip.

Terus semua gelabah membuat kerja masing-masing. Bibir mereka tidak henti mengukirkan senyuman lebar. Orang lain yang bercium tapi mereka pula yang tersenyum-senyum. Bukan apa, boss mereka itu dikenali dengan hati yang beku dan anti perempuan. Namun bila melihat aksi bercium tadi dengan mereka sekali cair dengan kelakukan boss mereka.

"Damn it. I'm gonna lose myself" Mira yang merupakan salah satu staf dapur mengajuk ayat yang dikatakan oleh boss mereka tadi sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam office membawa satu pingggan dan satu cawan ke dalam.

"You poison me" ujar Lily pula. Bukan setakat mengajuk ayat boss mereka tetapi dengan perbuatan boss mereka sekali. Pipi Mira dipegang.

Mereka berdua gelak kecil.

"Amboi amboi sakan nampak?" tegur Puan Wati yang merupakan ketua staf dapur. 

"Mestilah Kak Wati. Tak nampak ke Encik Harriz buat apa tadi?"

"Dengan Lily sekali yang melting. Dah la masak untuk isteri sendiri lepastu buat aksi cium macam Kdrama pula. Sweetnya!" tersenyum-senyum Lily teringat peristiwa tadi. Untungnya jadi isteri boss mereka !

"Ehh jangan lupa yang kamu tu dah ada tunang oii Cik Lily"

"Ni kalau tunang Lily tak macam Encik Harriz, Lily hantar balik kat mak dia!"

"Haiihh Mira pun sama. Kalau boyfriend Mira tak sweet macam Encik Harriz memang Mira hantar dia balik kat mak dia!"

Tergeleng-geleng Puan Wati melihat karenah Lily dengan Mira. Mereka ni kalau bergabung memang haru dapur! Mata dikalihkan memandang ke office, bibir mengukirkan senyuman. Dia yang sudah bertahun-tahun bekerja di sini lebih masak dengan perangai Tengku Harriz. Melihat lelaki itu sudah jumpa kekasih hati, dia turut bergembira sekali.

Kepala semakin ditundukkan sehingga mukanya itu hampir masuk ke dalam pinggan. Masih malu dengan kejadian tadi. Sudahlah semua staf di dapur melihat kejadian itu. Mana dia mahu letak muka? Tadi pun terus dia bergegas mahuk ke office Tengku Harriz. 

"You bukan tadi kata ada meeting ke?" soalnya setelah lama berdiam diri atau lebih tepat dia mahu menghalau lelaki itu.

"Dah cancel"

"Apa? Cancel ?" 

Kepala terus didongakkan. Sedar dengan perbuatannya itu, kepala ditundukkan balik. Kenapa cancel pula meeting?

"Hmm, tapi I still kena pergi sana balik. Ada hal sikit" tutur Tengku Harriz yang sedang menahan senyum. Gadis itu memang langsung taknak pandang dia ke apa?

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now