Bab 9

4.5K 212 5
                                    

"Ha....Harraz?

Lelaki yang berhoodie tersebut tersenyum kecil apabila lelaki di depannya itu atau juga dikenali sebagai Tengku Harriz kembarnya yang terpisah sejak kecil mula mengingatinya.

Tengku Harriz tanpa sepatah kata dia terus meluru ke arah Harraz. Dipeluk Harraz erat bagaikan tidak mahu lepas. Berpuluh-puluh tahun mereka berpisah sejak kejadian penculikan tersebut, mereka tidak pernah berjumpa dan baru hari ini mereka berjumpa namun tempat dan masa tidak mengizinkan mereka.

"Mana kau pergi bodoh? Kau tahu tak kitorang sedih kau tak ada!" Bentak Tengku Harriz geram melepaskan apa yang terbuku di dalam hati. Banyak yang dia ingin luah pada Harraz tentang keluarga mereka sekarang lagi-lagi selepas kejadian penculikan tersebut.

"Huh kau masih sama macam dulu. Suka betul menangis" ejek Harraz apabila melihat Tengku Harriz mengalirkan air mata. Mahu tergelak pun ada lihat muka kembarnya sekarang. Lelaki sado yang dikenali anti perempuan sedang menangis di depannya sekarang?

"Mana ada! Mata aku masuk habuk" dikesat kasar air matanya. Tahula yang Harraz tu abang dan dia pula adik. Tapi tahu tak yang dia rindu gila kat kembar dia? Nak juga mengusik dia time ni!

"Haha ye lah. Papa mama sihat?" Soal Harraz walaupun dia sudah tahu keadaan familynya. Sudah bertahun-tahun dia melihat mereka dari jauh dan dia masih belum ada kekuatan untuk berjumpa dengan familynya sendiri. Pelbagai perasaan dia alami.

"Hmmm tapi mereka dah tak sama macam dulu sejak kau takde"

"Maksud kau?" Soal Harraz pelik. Setahu yang dia dapat info keadaan papa mama mereka okay sahaja. Takde pula yang dia diberitahu yang papa mama mereka menghidap penyakit apa-apa.

Tengku Harriz tersenyum hambar.

"Nantilah aku cerita. Tak sesuai kat sini. Btw macam mana kau boleh kerja dengan Alex?" Soalnya mengubah topik mereka. Malas dia nak bercerita tentang papa mama mereka. Yang itu nantilah dia cerita pada Harraz.

"Nanti ahh aku bagitahu."

Melihat renungan mata dari Tengku Harriz membuatkan Harraz ketawa kecil.

"Chill ahh kita jumpa next time and share stories okay?" Pujuknya. Risau lah tu kalau dia hilang lagi sekali.

"Kau jangan menghilangkan diri pula. Aku cari kau sampai dapat nanti"

"Hahahah ye la.....shit!"

Harriz mengerutkan dahi apabila Harraz memandang laptop yang memaparkan cctv dengan dahi yang berkerut. Melihat cctv tersebut, dia dapat agak yang Harraz memasangnya secara tersembunyi dan sudah tentu tanpa pengetahuan Alex.

"Asal?"

Harraz mengigit bibirnya memandang laptop yang memaparkan seseorang yang berhoodie hitam sedang memasuki markas ini dari pintu belakang. Sudah tentu dia kenal siapa orang tersebut sebab hoodie yang dipakai oleh orang tersebut merupakan hoodienya! Hanya seorang sahaja yang akan memakai hoodienya!

"Siapa orang tu?" Soal Tengku Harriz yang memandang apa yang Harraz pandang.

Harraz memejamkan matanya sekarang. Debaran dada kian merancak apabila mengetahui orang tersebut datang ke mari. Dia tahu sangat tujuan orang itu kemari. Sudah tentu untuk membunuh orang yang dia sangat benci!

"Aku kenal kan?" Soal Tengku Harriz. Dari air muka Harraz dia tahu yang orang tersebut dia kenal tapi siapa?

"Aku nak tipu pun sekejap lagi korang mesti akan berjumpa juga"

Harraz mengeluh kecil sebelum dia memandang tepat mata Harriz.

"Nadhira Zalikha"




TENGKU HARRIZ dan Harraz mula berlari keluar dari bilik tersebut. Mereka terus menuju ke bilik di mana Adden dan Alex berada. Namun beberapa musuh mereka mula menyerang mereka membuatkan mereka tidak dapat sampai secepat mungkin.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriDonde viven las historias. Descúbrelo ahora