Bab 35

4.5K 192 7
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

TANGAN meramas dress putih yang dipakainya. Sesekali kepala menoleh memandang Tengku Harriz yang tenang memandu Lamborghini. Lelaki itu segak berpakaian suit yang bewarna putih. Kemas dan rapi. Tampak begitu kacak!

Namun kekacakan itu tidak mampu menenangkan hatinya yang gundah gulana. Dari tadi dia nervous untuk menghadiri Dinner Royal Family. Walaupun bukan pertama kali dia berdepan dengan keluarga lelaki itu, namun ini kali pertama dia join dinner mereka.

Kereta membelok ke kanan. Pagar istana yang besar dan gah terbuka sendiri memberi laluan Lamborghini milik Tengku Harriz untuk masuk. Melihatkan pagar itu pun dia sudah kecur perut. Nafas dalam ditarik. Pandangan dilemparkan di luar, memandang laluan yang dikelilingi dengan hutan sebelum taman yang dipenuhi dengan bunga menjadi laluan mereka. Cantik!

Lebih kurang 10 minit daripada pagar utama mereka baru tiba di depan istana. Jauh betul istana dari pagar utama! Ini kalau jalan kaki mahu lenguh! Seorang Royal Valet mula membukakan pintu kereta untuknya begitu juga dengan Tengku Harriz di sebelah sana.

Nafas dalam ditarik sebelum berjalan menghampiri Tengku  Harriz. Lamborghini Tengku Harriz yang dipandu oleh Royal Valet untuk diparking di valet parking dipandangnya sehingga hilang dari pandangan. Servis yang bukan calang-calang!

Terasa tangannya digenggam, kepala lantas menoleh memandang Tengku Harriz. Lelaki itu mengangguk kepala padanya sebelum menarik dia masuk ke dalam dengan berjalan di atas karpet merah. Pintu yang gah terbuka mula menarik perhatian orang di dalam memandang mereka. 

Bibir menayangkan senyuman manakala Tengku Harriz di sebelahnya dengan wajah bekunya selalu. Tiada secalit senyuman di wajah itu bahkan wajah itu yang ternampak tenang memandu tadi kini bertukar tegang. 

"Datang pun kau. Ingat taknak datang dah" seorang lelaki yang turut memakai suit berwarna putih menghampiri mereka berdua. Tidak silap dia Tengku Daim Hayyan.

"Gila kau tak datang"

"Eleh kau kan jenis malas nak datang majlis macam ni" perli Tengku Daim Hayyan yang faham benar akan sepupunya yang tidak gemar menghadiri majlis seperti ini.

Mereka mula bersalaman cara lelaki. 

"Ini Dinner Royal Family bro buka dinner CR. Tak datang silap-silap kena tendang aku dari family ni" ujarnya dengan kepala yang digeleng. Dinner Royal Family memang semua orang wajib untuk datang! Tiada siapa yang boleh bagi alasan untuk tidak datang!

Tengku Daim Hayyan ketawa kecil. Kepala menoleh memandang Farhana Sofea.

"Hai, Hana"

"Hai" Farhana Sofea hanya tersenyum kecil.

"Jom ahh atas. Dah nak mula dah ni" jam yang menunjukkan hampir pukul 8.30 malam dikerling sekilas.

Mereka mula naik ke tingkat 2 di mana tingkat itu khas untuk Royal Family menjamu selera. Melihat orang yang semakin ramai sebaik sahaja mereka tiba di Royal Dining Hall yang berada di tingkat 2, Farhana Sofea semakin mengenggam tangan Tengku Harriz. Jantung berdebar-debar melihat banyak wajah yang tidak dikenalinya. 

Hanya separuh sahaja dia kenal yang menghadiri majlis pernikahan mereka. Dan rata-rata daripada mereka semua memakai pakaian yang bertemakan warna putih. Dia tidak tahu sama ada mereka memang selalu memakai pakaian putih atau kali ini saja. Ini pun dress putih yang dipakainya diberi oleh Tengku Farihah.

Mata meliar memandang dekorasi tingkat 2. Kelihatan antik namun masih cantik. Lilin yang tergantung pada syiling dan juga mengelilingi dining hall. Obor api terpacak di setiap hujung penjuru. Meja makan kayu yang unik bersusun panjang. Ada 4 baris semua. Dan di depan sekali di atas pentas terdapat satu meja makan.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now