Bab 2

6.3K 272 11
                                    

RAZUL memandang Tengku Harriz yang diam sahaja duduk di sebelahnya itu berhadapan dengan kawan Airisya. Mata tajam sahaja merenung anak dara di depannya itu. Nasib tak tembus kepala member. Hampir meledak ketawa Razul bila dia tanya Tengku Harriz tadi. Jawabnya minah yang langgar dia sampai berterabur file dia.

"Ehem Icha so kawan you ni single ehh?" Soal Razul mengalihkan perhatian Tengku Harriz. Dia hanya membuat tidak endah dengan renungan tajam Tengku Harriz yang memberi isyarat 'Kau jangan buat kerja gila, Zul kalau taknak kena tembak dengan aku'. Lebih kurang macam tu lah.

"Of course single. Kawan saya semua single and available"

Farhana Sofea menyiku lengan Airisya. Ni macam nak jual member dah ni.

"Excuse jap. Wanna go to the toilet"

Tengku Harriz tiba-tiba mencelah. Malas dia melayah karenah Razul yang otaknya kadang tak betul. Jadi baik dia angkat kaki sekejap. Lagipun dia tengok minah yang langgar dia tadi sedari tadi menundukkan kepala. Gaya macam nak menyorok bawah meja.

Lagipun dia bukan nak pergi toilet pun. Dia ada misi penting. Senyuman sinis diukirkan di bibir. Papan tanda yang menunjukkan toilet ke kanan diendahkan. Dia malah belok ke kiri. Ke bahagian dapur. Dengan selamba dia masuk ke bahagian dapur. Buat macam mak bapak dia punya kerja.

Tapi memang betul pun. Ada sikit saja salah. Lestaria Cafe itu miliknya. Sudah tentu dia boleh pergi ke mana sahaja dia suka dalam Lestaria Cafe itu.

"Tengku nak apa? Makanan Tengku dah nak siap" ujar salah seorang pekerja di situ.

"Makanan gadis yang pakai tudung warna blue black tu dah siap?"

Terjeda seketika pekerja itu memproses gadis yang mana. Bila ditanya tukang waiter yang mengambil tempahan dua orang gadis itu, dia memaklumkan makanan mereka sudah siap dan baru hendak dibawa ke depan.

"Okay wait. Mana garam?" Soal Tengku Harriz dengan senyuman misteri.

"Ni Tengku" dihulur balang yang berisi garam kepada Tengku Harriz tanpa banyak tanya. Kan kena pecat nanti kan.

Tengku Harriz memandang Spaghetti Carbonara yang terhidang begitu cantik di atas pinggang kaca. Balang garam itu dibuka lalu disuakan satu sudu besar. Tangannya yang memegang sudu besar berisi garam mula menabur garam itu di atas Spagetti Carbonara sama rata dengan senyuman sinis.

"Nanti bawa kat depan sekali dengan makanan saya" ujarnya lalu beredar dari dapur. Dia menghampiri mereka semula yang sedang rancak berbual. Gadis itu tadi pun dah buka mulut. Rancak pula sembang dengan Razul yang mudah masuk air. Takpe kita tengok nanti.

"Lama kau Riz. Kau berak ke?" Soal Razul

"Kau sebelum aku ambil cili kat dapur lepastu cilikan mulut kau tu better you shut up your mouth" Tengku Harriz memberi amaran pada Razul. Dipandang Razul yang membuat signal okay dengan tangannya lalu acah-acah zip mulutnya.

Gadis yang berada di depannya yang merenungnya dengan muka yang tidak berpuas hati dipandang. Keningnya dijongket pada gadis itu.

"Merosakkan suasana" ujar Farhana Sofea perlahan.

"What did you said?" Tengku Harriz menyoal dengan kening yang dijongket.

"Tak makanan ni lambat pula nak siap" rengus Farhana Sofea geram. Selalu cepat sahaja makanannya kenapa hari ini rasa lambat pula? Atau sebab ada mamat poyo depannya itu membuatkan masa lambat berjalan?

"Here your food"

Laju sahaja bibir mengukirkan senyuman lebar apabila makanan dihidangkan di depan mata. Baru sahaja tadi seru sudah sampai. Farhana Sofea mula mencapai sudu garfunya yang dibalut dengan tisu. Perut dah lapar ni.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now