Bab 56

4.7K 269 17
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

KATIL pengusung yang beroda itu yang membawa Black ditolak masuk ke dalam hospital. Wad kecemasan dituju oleh mereka. Farhana Sofea mengikut langkah mereka dengan hati yang sayu dan air mata yang mengalir laju.

"We have a critical patient and get ready with another critical patient."

Sayup-sayup dia mendengar suara cemas doktor sebelum Black bersama doktor dan nurse hilang dari pandangannya. Terduduk dia bersandar pada dinding menunggu di luar wad kecemasan. Mata dipejam seketika, berharap sangat Black dapat diselamatkan.

Seketika bunyi riuh membuatkan matanya terbuka semula. Berkerut dia memadang ke arah sekumpulan lelaki yang memakai suit hitam yang tampak begitu panik menolak katil pengusung bersama doktor dan nurse.

"Riz, tolong bertahan"

Berkerut dahinya memdengar suara yang tenggelam timbul. Mata dikecilkan memandang pada lelaki yang sedang baring di atas katil pengusung. Tidak kelihatan wajahnya kerana terlindung dengan beberapa lelaki lain.

Tajam matanya cuba mencari tahu siapa yang sedang berbaring. Melihatkan Razul yang berada di celah-celah kelompok lelaki bersuit hitam tadi makin membuatkan dahinya berkerut.

"Razul?"

Langkah Razul terhenti. Dia mencari siapa yang memanggilnya. Saat mata Razul bertentang dengannya, tika itu dia dapat lihat Tengku Harriz yang tidak sedarkan diri sedang baring di atas katil pengusung.

"Ha...harriz..." 

Luluh hatinya melihat besi yang membelah dada tengku Harriz. Dunianya kini bagaikan berheni berfungsi. Apa yang diutarakan pada Tengku Harriz pagi semalam berligar di fikirannya sehingga membuatkan air matanya mengalir dengan laju. Tak! Tak mungkin!

'I want this heart to stop breathing, then I will forgive you. Aku nak kau mampus, Harriz!'

Dia hanya berdiri tegak memandang wajah pucat lesu Tengku Harriz sehingga hilang dari pandangannya. Jantung mengepam darah dengan laju. Kepala digeleng-gelengkan menafi apa yang dilihatnya tadi.

"Harriz..." 

"Puas hati kau sekarang?!" tempik Razul pada Farhana Sofea membuatkan semua ahli komando terkedu dengan kemarahan Razul.

"Aku tanya ni puas tak hati kau sekarang?" 

Razul menghampiri Farhana Sofea. Bahu gadis itu ditolak kuat berkali-kali sehingga belakang badan Farhana Sofea menyentuh dinding.

"Ini kan yang kau mahu? Kau nak jantung Riz berhenti kan?Now you almost get what you want, Farhana Sofea!"

Terhinjut bahu Farhana Sofea dengan jeritan Razul. Dia hanya menunduk menekur lantai, tidak berani menentang muka Razul yang begitu bengis. Buat pertama kali dia melihat Razul yang selalu dengan lawak hambarnya melenting marah.

"Asal kau diam huh perempuan?!"

Sekali lagi bahunya terhinjut dengan jerkahan itu.

"Zul, enough!" keras Adden memberi amaran yang memandang pergaduhan itu dari tadi. 

Sebaik sahaja dia diberitahu oleh Dark yang Farhana Sofea dan Black diserang, dia terus terbang ke Perak dengan private jetnya bersama Firash dan Iqbal. Farhana Sofea ialah amanah mereka oleh Tengku Harriz namun tidak disangka yang kawan baiknya, Tengku Harriz turut cedera dengan teruk dan turut dihantar ke hospital yang sama.

"Kau tahu tak apa yang perempuan ni cakap kat Riz before kitorang datang Perak?" Razul menoleh memandang Adden dengan air mata yang bergelinang. 

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now