Bab 44

4.2K 204 10
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

APA entah kali ini mahu dilakukan oleh gadis itu, dia hanya diam melunjur kaki di atas katil memandang Farhana Sofea yang ke hulur ke hilir sedari tadi dengan hanya memakai tuala sahaja di badan. Sedari tadi gadis itu berkembang, bila agaknya mahu pakai baju.

"Can you stop?"

Farhana Sofea menghentikan langkahnya. Kepala ditoleh memandang Tengku Harriz dengan kening yang terjongket.

"Stop what?" dia berpura-pura tidak faham.

Tengku Harriz mengertap bibirnya. Dia mula turun dari katil. Langkah dibawa ke wardrobe mencari baju tidur untuk dipakai oleh gadis itu. Biliknya itu makin lama makin bertambah dengan barang Farhana Sofea. Jadi jangan pelik kalau baju gadis itu sekarang memenuhi ruang wardrobenya.

"Nah pakai baju. Lepastu tidur" baju tidur kain satin itu diletakkan di atas kepala gadis itu sebelum berlalu ke katil semula.

"I nak pakai skincare tak sudah lagi" dicampak baju tidur di atas katil sebelum berlalu ke meja solek.

"Dari tadi Hana you pakai skincare lepastu duk ulang-alik dalam bilik ni. So I guess you're already done with all that routine" sinis Tengku Harriz. Ingat dia bodoh ke tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh gadis itu sebenarnya.

Berdecit Farhana Sofea. Saja dia ulang-alik dengan berkembang sahaja mahu tengok tindak balas lelaki itu. Tapi hampeh! Tidak terkesan langsung dengan dia yang berkembang ni! Pelik betul lelaki itu!

"You ni......" kaki dibawa melangkah ke arah Tengku Harriz. Berdiri di sebelah katil dengan tangan yang memeluk tubuh.

"You sebenarnya bernafsu songsang kan?"

Mahu tersedak Tengku Harriz dengan kata-kata yang diutarakan oleh Farhana Sofea. Nasib dia makan atau minum sekarang.

"You kena paksa kahwin sebab papa ingat you gay. Jadi betullah lah you gay?

"What made you think yang I bernafsu songsang? Hmm?" tangan memeluk tubuh. Kepala mendongak memandang Farhana Sofea dengan kening yang terjongket. Melihat kulit gebu Farhana Sofea yang terdedah sana sini mahu sahaja jantungnya melompat keluar namun dikawal olehnya. Wajah tenang ditayangkan.

"Before and now. Dah berbulan-bulan kita nikah but you didn't even touch me once. And sekarang suami mana tak terkesan tengok isteri berkembang melainkan you sorang je" badan ditundukkan sedikit. Mukanya didekatkan dengan muka lelaki itu. Langsung tiada reaksi di wajah itu walaupun dia sudah mendekatkan wajah mereka. Walaupun hembusan nafasnya mengena wajah beku itu.

"I guess betul lah you gay"

"I'm not!" tegas Tengku Harriz dengan gigi yang dikacip. Pantang betul dia kalau orang kata dia gay. Mata mencerlung tajam ke arah Farhana Sofea. Debaran di dada semakin memainkan peranan.

"Then....." punggung dilabuhkan di atas paha lelaki itu. Tangan merangkul leher lelaki itu.

"Proof me you're not" bisik dia di telinga Tengku Harriz dengan suara yang menggoda. Tangan kiri bermain dengan rambut lelaki itu manakala tangan kanan melekap di dada lelaki itu. Merasakan degupan jantung Tengku Harriz yang begitu pantas.

Tidak semena dia tersenyum sinis tatkala melihat halkum itu bergerak seperti perit untuk menelan air liur. Turunkan ego mu wahai suami!

" So, you're gay" Geram dia melihat Tengku Harriz yang masih berlagak tenang.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now