Bab 7

5.2K 245 20
                                    

SATU batu besar dihampiri oleh Tengku Harriz lalu dia melabuhkan punggung di situ. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang menampung tubuhnya. Kepala didongak memandang langit malam yang kosong tanpa bintang. Dia kini berada di Bukit Ampang setelah menghantar Farhana Sofea pulang ke rumahnya.

Matanya dipejam merasai deruan angin yang menyapa tubuhnya. Agak sejuk kerana bajunya yang lembab. Malas mahu menukar baju dia terus datang ke sini. Tempat kegemarannya dengan kembarnya dulu. Dari sini dia dapat melihat permandangan kota Kuala Lumpur yang bercahaya. Cantik.

"Raz, mana kau?"

Keluhan kecil dilepaskan. Berpisah dengan kembar sendiri bukanlah mudah untuknya. 9 tahun mereka melakukan apa sahaja bersama-sama tapi tempias segalanya akibat kisah penculikan 20 tahun yang lalu.

"Aku rindu kau, Raz" rintih Tengku Harriz. Sudah merata dunia dia mencari kembarnya namun masih belum diketemui. Apa yang dia tahu kembarnya masih hidup.

Sedang Tengku Harriz melayan perasaannya, seorang lelaki yang berpakaian hoodie melindungi mukanya menghampiri Tengku Harriz dalam diam. Langkahnya diatur perlahan-lahan tanpa menghasilkan bunyi. Satu pisau lipat yang berada di tangannya digenggam kemas.

Dengan serangan hendap dia menyerang Tengku Harriz daripada belakang namun Tengku Harriz lebih pantas mengelak. Tangannya ditempis oleh Tengku Harriz kuat membuatkan pisau lipat yang berada di tangannya itu terjatuh ke tanah.

Satu tumbukan dilepaskan oleh Tengku Harriz namun lelaki itu berjaya mengelak. Mereka bergelut kecil. Berlawan tanpa senjata. Tengku Harriz mengukirkan senyuman sinis sebelum tangan lelaki itu dipusingkan ke belakang.

"Kau kalah lagi, Dark" ujar Tengku Harriz dengan senyuman sinis.

"I admit it but can you let me go?" Soal Dark dengan suara mengerang sakit. Dengan member sendiri pun kasar

"Kau ni memang alert 24 jam ehh? Aku punyalah hati-hati taknak bagi kau perasan" loroh Dark seraya itu melabuhkan punggung di atas batu besar yang tidak jauh dari Tengku Harriz.

Tengku Harriz berpaling memandangnya. Bahunya dijongket.

"Enemy is like a roaring lion, they will attack when they want. So we always need to be alert" ujar Tengku Harriz sambil memandang permandangan kota. Tenang je rasa.

"Sofea Qaisara." Sebut Dark tiba-tiba nama itu.

Tubuh Tengku Harriz mengeras.

"Did she contact you after the scene?"

"HANA, Encik Ayaaz panggil"

Farhana Sofea yang sedang mengemas barangnya kerana sudah hampir tiba untuk pulang kerja mengerutkan dahinya. Tanpa menyoal banyak, dia melangkah ke arah pejabat  Ayaaz walaupun dirinya tertanya-tanya kenapa  Ayaaz memanggilnya. Jangan kata nak cakap hal semalam sudah! Pasal dia aset Dylan Shah.

Punyalah seharian hari ini dia mengelak dari Ayaaz sebab agak malu dengan hal semalam yang ditonton oleh Ayaaz. Diseru pula namanya untuk berjumpa. Nafas dalam diambil apabila kaki berhenti di depan pintu office Ayaaz.

Chief Executive Officer Ayaaz Iktizar

Air liur ditelan kasar.

Tangan naik mengetup pintu. Kedengaran suara Ayaaz menyuruhnya untuk masuk. Perlahan-lahan dia melangkah bersama kasut tumit yang dipakainya itu. Dia memandang bossnya itu yang sedang khusyuk memandang laptop di depannya sebelum mengangkat kepala memandangnya.

"Ouhh Hana, It's my first time see you today. Awak mengelak dari saya ke apa?"

Farhana Sofea mengukirkan senyuman kecil.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now