Bab 23

4.9K 216 13
                                    

"Nice to meet you again, Sofea"

Jantungnya berdetak hebat. Anak matanya bergetar melawan renungan itu. Tubuhnya mula menggigil. Terasa persekitarannya mula berubah. Dikelilingi oleh hutan yang tebal.

Tengku Harriz yang berdiri di depannya tadi kini bertukar menjadi seorang lelaki yang memakai hoodie. Mukanya terlindung dengan kepala hoodie. Walaupun begitu, dia masih dapat melihat renungan anak mata dan senyuman sinis yang terukir di bibir itu.

Langkah ingin diundurkan ke belakang, namun pokok besar menghalangnya.

"Akh......"

Bergetar suaranya apabila lelaki dihadapannya itu memegang dagunya. Walaupun hanya dengan cahaya bulan tapi dia masih nampak renungan anak mata tadi jatuh pada bibirnya. Memerhati bibirnya seperti mahu menekamnya.

"Ak......Akh, apa awak cuba buat ni?"

"I'm not him"

"Huh?"

"I wonder how he doesn't take this advantage when two beautiful girls are around him?"

Tubuhnya semakin bergetar. Apa yang lelaki di hadapanya itu merapu?

"But nevermind. I will do it instead of him"

Dia cuba untuk lari tapi badannya ditolak kuat pada pokok besar. Mengaduh kecil dia dengan kesakitan pada belakang badannya.

"Ha....hana....run"

Mata yang terpejam automatik terbuka di saat kata-kata itu masuk ke gegendang telinganya. Persekitaran yang dikelilingi dengan pokok-pokok besar hilang sekelip mata begitu juga dengan lelaki hoodie itu.

"Hana....."

Anak matanya ditentang dengan anak mata coklat itu. Seakan merayu untuk dia lari daripadanya. Tapi kaki dia masih statik berdiri di situ. Memandang lelaki itu lama dengan pelbagai perasaan.

Melihat Farhana Sofea yang diam berdiri di situ membuatkan dia semakin tidak tenang. Akhirnya dia mengangkat kaki untuk melangkah dari situ. Dia tahu sisinya itu satu lagi akan kembali semula. Dan dia sangat takut jika Adham akan menyakiti gadis itu lagi sekali seperti 12 tahun yang lepas.

"Harriz"

Entah kegilaan apakah dilakukan olehnya. Disuruh lari, tapi tidak lari. Bila, lelaki itu mengangkat kaki, dia pula yang menghalang. Namun apa yang penting kenapa lelaki di depannya itu kelihatan begitu terseksa. Seperti sedang melawan sesuatu dalam dirinya.

Tengku Harriz memusingkan badan menghadapnya namun hampir runtuh jantungnya apabila badannya tiba-tiba ditolak ke dinding dengan kuat.

"How dare you call him out?"

"Huh?"

Rasa kesakitan pada belakang badannya tidak dipedulikan. Yang penting sekarang kenapa dia merasakan lelaki yang tadi dan kini adalah dua orang yang berbeza?

Senyuman sinis yang terukir di bibir itu sekali lagi membuatkan bulu romanya berdiri. Namun, sekarang dia sudah tidak betah lagi! Ditolak dada lelaki itu kuat-kuat.

"You ni kenapa, Harriz?! Dah gila ke?!"

"Interesting. Dah berubah ye"

Dikerutkan dahinya.

"Nevermind. I like a tough one"

Bibir digigit. Tengku Harriz ni dah kenapa?

Tengku Harriz menapak ke arahnya dan sekali lagi menyentuh dagunya. Hampir bibirnya itu menjadi mangsa tapi tidak jadi apabila dia membuka langkah terlebih dahulu.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now