Bab 64

5.3K 286 18
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

KAKI perlahan-lahan melangkah mendekati sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil. Seketika dia berhenti melangkah, memandang sekujur tubuh itu dari jauh dengan air mata yang bergelinang. Berkira-kira untuk menghampiri atau tidak kerana risau akan dirinya yang akan hilang control sebaik melihat sekujur tubuh itu dari dekat.

"Riz, kenapa tercegat kat situ je? Datanglah dekat sikit" Puan Farah yang sedang duduk di atas kerusi di sebelah katil Farhana Sofea memanggil Tengku Harriz ke mari. Aneh dia melihat anak menantunya hanya berdiri dari jauh.

"Tak apa lah umi, Riz tengok dari jauh je"

Lama Puan Farah memandang pada anak menantunya itu sebelum keluhan kecil dilepaskan. Punggung diangkat dari kerusi, kaki mengorak langkah menghampiri Tengku Harriz. Tangan menarik lengan Tengku Harriz mendekati katil Farhana Sofea.

"Riz, janganlah salahkan diri tu sangat. Benda dah jadi. Apa yang pasti semua yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Lagipun bukan salah Riz" lembut Puan Farah berkata memujuk anak menantunya yang tampak kian lama kian rapuh. Apatah lagi isteri kesayangan terbaring lesu di atas katil.

"Tapi memang salah Riz pun..." kepala menunduk ke lantai.

"Riz...." tangan naik memegang bahu tengku Harriz.

"Cukup salahkan diri sendiri, Riz. Ni hati ni, umi tengok makin lama makin rapuh. Riz cakap Riz nak jadi kuat, nak lawan Adham tapi kalau hati ni rapuh macam mana nak kuat? Macam mana nak lawan Adham? Riz nak Hana berdepan dengan Adham lagi sekali?"

Perlahan-lahan kepalanya digeleng. Dia tidak mahu Farhana Sofea berdepan lagi sekali dengan Adham. Cukup semalam adalah buat kali terakhir. Dia tidak akan membiarkan Adham menyakiti Farhana Sofea lagi sekali apatah lagi membiarkan lelaki itu mengambil alih badannya lagi.

"Riz, nak jadi kuat ni....Riz kena maafkan diri sendiri dulu. Kita ni dah terlalu biasa meminta maaf dan memaafkan orang lain tapi bukan pada diri sendiri. Sebab kita dah dibiasakan dengan membiarkan diri sendiri tersakiti. Kesian kan diri kita ni?"

Kelu lidah Tengku Harriz untuk berbicara. Bagaikan mak mertuanya lebih mengenali dirinya berbanding dirinya sendiri. Bibir mengukirkan senyuman nipis, terharu yang dia dikurniakan mak mertua yang sangat baik malah yang sangat memahaminya. Di saat anak kandung sendiri terluka tapi mak mertuanya itu langsung tidak menyalahkan dia bahkan tidak jemu memberinya semangat.

"Riz, maafkanlah masa lalu agar hati jadi lebih tenang dan maafkanlah diri sendiri yang selalu diabaikan dan disakiti. Yang terjadi tu biarlah terjadi. Sekarang, Riz bukalah lembaran baru dengan cerita baru yang lebih baik"

Setitis demi setitis, air mata Tengku Harriz mula mengalir. Dia menoleh badannya menghadap mak mertuanya sebelum tubuh itu didakap kemas olehnya.

"Terima kasih, umi....Di saat mama membuang Riz tapi umi terima Riz dengan hati yang terbuka. Tak cukup dengan itu, umi selalu tarik Riz di saat Riz berada di lembah yang paling bawah. Apa pahala Riz buat dikurniakan mak mertua sebaik umi?"

Laju air mata Puan Farah mengalir. Tangan mengusap bahu Tengku Harriz cuba menyalurkan semangat buat anak menantunya itu. Sungguh hebat sekali ujian untuk anak menantunya itu. Bagaimana dia mahu menyalahkan dan menyakiti Tengku Harriz, andai anak ini sudah cukup terseksa?

"Umi...."

Serta merta pelukan mereka terlerai. Kepala menoleh memandang pada katil. Lebar senyuman di kedua-dua wajah itu saat melihat sepasang anak mata bundar hitam memandang pada mereka. Tubuh itu perlahan-lahan bangkit daripada baring dengan wajah yang berkerut menahan sakit.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now